Tuesday, April 22, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fitbit Alta HR tampil reka bentuk nipis

    Fitbit telah melancarkan gelang tangan kecergasan yang dikatakan sebagai gelang tangan ternipis dunia dan mampu mengesan kadar degupan jantung secara berterusan.

    Gelang tangan kecergasan itu didatangkan dengan teknologi kadar degupan jantung PurePulse dan menampilkan pengenalpastian senaman secara automatik, pengawasan tidur dan pemberitahuan pintar.

    Menurut syarikat itu, bateri Fitbit Alta HR dapat bertahan sehingga tujuh hari. Syarikat itu juga menyatakan bahawa Fitbit Alta HR menggunakan accelerometer dan perubahan pada kadar degupan jantung untuk mengganggarkan masa yang dihabiskan oleh penggunanya di bawah cahaya, masa penggunanya tidur dengan nyenyak atau tidur dalam keadaan REM, dan juga menganggarkan berapa kali penggunanya terbangun dari tidur pada setiap malam.

    Ini akan membolehkan penggunanya memahami kualiti tidurnya. Fitbit juga memberikan kiraan pembakaran kalori dengan lebih tepat.

    Untuk memastikan kualiti tidur yang lebih baik, syarikat tersebut telah memperkenalkan dua ciri yang berfokus kepada tidur iaitu Sleep Stages yang memberikan pengguna informasi mengenai tidurnya, yang dulu hanya dapat diperolehi dari makmal tidur. Manakala Sleep Insights pula memberikan bimbingan peribadi untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik.

    Fitbit Alta mampu untuk mengesan degupan jantung secara berterusan bagi membolehkan penggunanya memahami kualiti tidurnya.
    Fitbit Alta mampu untuk mengesan degupan jantung secara berterusan bagi membolehkan penggunanya memahami kualiti tidurnya.

    Sleep Stages dapat digunakan dengan peranti Alta HR, Blaze dan Charge2 menerusi aplikasi Fitbit dalam Android, iOS dan Windows. Manakala Sleep Insights boleh didapati dalam semua peranti Fitbit pengawasan tidur menggunakan aplikasi Fitbit.

    CEO Fitbit berkata bahawa Alta HR dan ciri pengawasan tidur yang ditampilkan menunjukkan fokus mereka yang berterusan untuk meningkatkan prestasi teknologi inovatif untuk menolong pengguna meningkatkan kesihatan mereka.

    Syarikat itu juga berkata bahawa pengecilan teknologi kadar degupan jantung PurePulse memberikan kemungkinan yang menarik untuk peranti-peranti akan datang. Teknologi tersebut juga akan dapat memberikan pengguna informasi yang dulunya hanya dapat diperolehi dari ujian makmal yang mahal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda