Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fitnah cerai uji kesabaran Engku Emran

    Kegagalan rumah tangga buat kali ketiga membuatkan usahawan Engku Emran berasa sedikit tertekan apabila timbul pelbagai spekulasi daripada warganet.

    Mengakui hal ini benar-benar menguji kesabarannya, Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila dihubungi oleh seorang kenalan bergelar ustaz bagi berkongsi luahan hatinya itu.

    “Fitnah-fitnah yang bertebaran tentang penceraian kali ketiga ini betul-betul menguji kesabaran saya.

    “Allah menggerakkan hati ustaz untuk hubungi saya di saat saya memerlukan nasihat ustaz,” katanya kepada mStar.

    Emran berkongsi paparan skrin mesej perbualannya bersama seorang agamawan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory.

    Dalam pada itu, Emran menzahirkan kerisauan terhadap bapa dan anak perempuannya yang turut terpalit dengan segala fitnah dilemparkan.

    Malah, usahawan itu turut bimbang sekiranya masyarakat di luar sana termakan dengan spekulasi yang dibuat oleh warganet.

    “Saya kasihan dengan ayah dan anak saya yang terpaksa menghadapi fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada saya,” ujarnya.

    Sementara itu, Emran terpanggil untuk berkongsi nasihat yang diterima kepada masyarakat kerana menyifatkan setiap individu mempunyai dugaan hidup masing-masing. – Agensi

    Emran kesal dengan fitnah yang dilempar warganet. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda