Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Fitri Haris terpaksa tangguh promosi lagu akibat COVID-19

    Baru saja melancarkan lagu dan video muzik (MV) terbaharu berjudul Berjuang Menang Bersama, penyanyi Dr Fitri Haris (gambar) diuji pula dengan jangkitan COVID-19.

    Mengalami simptom seperti demam dan batuk, Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris berkata dia terpaksa menunda rancangan untuk promosikan lagu terbaharunya itu.

    “Saya tidak ada rasa down pun bila diuji dengan COVID-19. Cumanya, saya terpaksa tangguh sementara untuk promosi lagu Berjuang Menang Bersama.

    “Ikutkan lagu ini baru saja dilancarkan bersama dengan video muzik. Tak sangka pula saya kena COVID-19 dan alami beberapa simptom yang teruk juga.

    “Tapi tak apa, lagu ini sangat istimewa saya dedikasikan untuk barisan hadapan. Apa-apa pun, saya harapkan doa daripada semua orang,” katanya kepada wartawan.

    Lirik lagu Berjuang Menang Bersama dihasilkan dengan sentuhan doa untuk barisan hadapan diberikan kekuatan dalam setiap langkah perjuangan mereka.

    Lagu tersebut juga terhasil dengan kerjasama daripada para pemuzik di Indonesia iaitu Ryan Egi dan Malaysia, Epy Shafik.

    Dalam pada itu, isteri kepada Fitri Fazilah Omar bersyukur dia dan dua orang anaknya iaitu Bilal Habibi dan Qhalish Rayyan Adam tidak dijangkiti COVID-19.

    “Alhamdulillah, saya dan anak-anak tak ada alami simptom… kami pun dah buat ujian calitan, tidak dijangkiti virus itu. Sebaik saja, suami alami beberapa simptom, memang terus buat ujian calitan sebab kami pun ada anak yang masih kecil.

    “Bila dapat tahu positif, dia pun kuarantin dalam bilik. Saya sediakan makanan dan ubat-ubatan, letakkan depan pintu bilik,” ujarnya.

    Untuk rekod, pada Disember 2019, bekas anggota UNIC itu mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Fazilah Omar. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...