Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Fiza sabjahan sukar didekati lelaki

    Tidak pernah menutup pintu hati kembali melayari bahtera rumah tangga, pengacara, Fiza Sabjahan, 40, mengakui status personaliti televisyen (TV) membuatkan lelaki sukar mendekatinya.

    Melewati hidup sendirian selepas kegagalan rumah tangga dibina lapan tahun lalu, personaliti TV yang lahir menerusi program Pesona Nona tersebut tidak mementingkan soal paras rupa mahupun harta.

    Sebaliknya, bekas pramugari Penerbangan Malaysia itu berkata, dia mencari seseorang yang mampu membahagiakan dan saling melengkapi dalam usia sekarang.

    “Ramai beranggapan personaliti TV mudah mendapat jodoh, namun orang takut mendekati kami kerana menyangka mungkin ‘high maintenance’.

    “Mungkin melihat kepada kerjaya dan apa yang dimiliki seseorang, jadi tak berani mendekati.

    Fiza lebih selesa mencari lelaki matang dan berusia sebagai teman hidup. – Agensi

    “Sebenarnya, saya terbuka jika ada mana-mana lelaki mengatur langkah untuk berkenalan.

    “Pada umur 40 tahun, saya hanya ingin mencari teman yang boleh perbaiki diri bersama-sama.

    “Soal rupa paras atau harta bukan keutamaan. Cukuplah, jika ada lelaki yang boleh melengkapkan dan membahagiakan saya,” katanya yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen anjuran jenama fesyen Muslimah, Munawwareen, baru-baru ini.

    Mengulas adakah terbuka menerima pasangan jauh lebih muda seperti sesetengah selebriti, Fiza berkata, dia lebih selesa mencari lelaki matang dan berusia sebagai teman hidup.

    “Saya seorang yang matang, jadi selesa mencari lelaki lebih berusia sebagai pasangan.
    “Sekurang-kurangnya, ada juga bahu untuk bersandar. Saya serahkan soal jodoh pada Allah kerana ini juga ketentuan-Nya.

    “Andai kata bertemu jodoh semula, saya hanya berharap dipertemukan de-ngan insan yang baik,” katanya kepada BH Online.

    Fiza atau nama sebenarnya, Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Afief Farhan Fauzi pada 2010. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...