Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Fizo mahu tambah anak lagi?

    Pelakon, Fizo Omar mengumumkan nama cahaya mata sulung bersama pasangannya setelah selamat dilahirkan pada 25 Jun lalu.

    Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Fizo dilihat sedang melakukan proses pendaftaran kelahiran cahaya mata keduanya itu serta mengumumkan nama penuh anak mereka itu bernama Wan Khaleeda binti Wan Hafizol.

    “Wan Khaleeda binti Wan Hafizol. Dah nak setahun dah kahwin baru ambik sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran anak.

    “Daddy baru nak up macam ni la. Daddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat okey,” kata Fizo

    Dalam pada itu, Fizo juga sempat berseloroh mahu timang cahaya mata lagi dengan memberikan ‘hint’ mahu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun hadapan.

    “Rasa-rasa tahun depan nak repeat datang JPN ni pulak la, boleh tak @ffezyranesry,” seloroh Fizo

    Fizo mendirikan rumah tangga bersama isterinya Fazeera Nazri pada Oktober lalu. Pasangan ini juga baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang selamat dilahirkan pada 25 Jun lalu. – Agensi

    Fizo juga sempat berseloroh mahu timang cahaya mata. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...