Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Fizo rahsia nikah gadis Sarawak?

-

Spekulasi Fizo Omar kembali bergelar suami menjadi bualan hangat apabila wujud akaun Instagram (IG) menggunakan gambar pelakon itu bersama anaknya, Wan Maryam Wan Hafizol sebagai gambar profil.

Bukan sahaja memuat naik gambar dua beranak itu, malah, akaun yang menggunakan nama FFazz itu turut berkongsi gambar wanita bertudung yang didakwa isteri Fizo sedang di tatarias berserta keterangan gambar ‘syukur’ dan emoji cincin.

Manakala, gambar lain yang dimuat naik 10 jam lalu memaparkan seorang lelaki dipercayai Fizo sedang menyarungkan cincin di jari wanita berkenaan berserta keterangan ‘Alhamdulillah’. Akaun berkenaan turut mengikuti akaun rasmi, Fizo Omar.

Terdahulu, tindakan pelakon drama Adellea Sofea itu memuat naik gambar lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya dan keterangan gambar dalam IG seolah-olah mengesahkan desas-desus melangsungkan majlis pernikahan.

“Ok Abe Joe left group recond dulu ok. Apa-apa roger ok,” tulis Fizo menerusi hantaran menerusi IG Story, semalam. Menerusi hantaran itu, Fizo turut memetik nama tiga rakan artis yang masih berstatus duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

Berdasarkan komen dalam IG, wanita yang didakwa menjadi suri hati Fizo itu dikenali sebagai Fazeera Nazri Aziz yang juga bekas pramugari dan berasal dari Sarawak.

Meskipun kisah pernikahan menjadi bahan bualan warga maya, namun hingga hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar terus mengunci mulut berhubung rahsia pernikahannya itu.

Malah, usaha mendapatkan penjelasan aktor kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab dan mesej dihantar tidak dibalas.

Sejak memuatkan naik kira-kira 15 jam lalu, hantaran itu mendapat lebih 75,000 tanda suka dan dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut termasuk rakan selebriti. – Agensi

Fizo Omar kembali bergelar suami menjadi bualan hangat apabila wujud akaun Instagram (IG) menggunakan gambar pelakon itu bersama anaknya, Wan Maryam Wan Hafizol. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -