Flamengo mara ke peringkat akhir Libertadores

GUAYAQUIL, ECUADOR, 30 SEPT – Flamengo hanya memerlukan satu kemenangan untuk meraih piala Copa Libertadores kedua dalam masa dua tahun selepas menewaskan Ecuador Barcelona SC 2-0 kelmarin dan akan menentang Palmeiras dalam peringkat akhir.

Dua gol daripada Bruno Henrique – yang juga menjaring dua gol pada minggu lepas di Rio – membantu Flamengo menuju ke peringkat akhir, dengan agregat kemenangan 4-0.

Flamengo akan mengulangi kemenangan mereka semasa peringkat akhir 2019 ketika pemain-pemain Brazil ini menewaskan pasukan Argentina, River Plate di Lima.

Flamengo akan menikmati peluang mereka untuk menjulang piala Libertadores buat kali ketiga dalam sejarah kelab tersebut.

Flamengo berjaya mematahkan keputusan seri dalam separuh masa pertama apabila Henrique menjaringkan gol petamanya.

Reaksi pemain Barcelona SC, Leandro Martinez ketika tewas menentang pasukan Flamengo di stadium Monumental, Guayaquil, Ecuador. – AFP

Dengan hantaran yang baik daripada Everton Ribeiro, Henrique berjaya menembusi pertahanan Barcelona dan menyambut bola tersebut sekali gus mengawal Javier Burrai dan seterusnya menjaringkan gol.

Barcelona SC perlu menjaringkan empat gol untuk merebut peluang untuk mara ke pusingan seterusnya, namun Flamengo menguasai perlawanan dengan baik.

Mario Pineida menghasilkan peluang emas untuk mendapatkan gol untuk Barcelona dalam minit ke-20 sewaktu melepaskan tendangan menuju penjaga gol, Diego Alves.

Flamengo pula nyaris menambah lagi gol mereka ketika Andreas Pereira, pemain pinjaman daripada Manchester United, melepaskan tendangan dari jauh menuju ke tiang gawang.

Peluang bagi Barcelona tiba lagi dalam minit ke-24 ketika tendangan free-kick dari Luis Leon diselamatkan oleh Alves.

Flamengo mengesah kemenangan mereka dalam minit ke-50, apabila serangan balas Ribeiro memberi hantaran kepada Henrique yang menjaringkan gol kedua untuk Flamengo. – AFP