RIYADH, 16 Jan – Syarikat penerbangan tambang rendah Saudi, flynas hari ini menandatangani perjanjian bernilai AS$8.6 bilion dengan pembuat pesawat Eropah, Airbus untuk membeli 80 buah kapal A320neo.
Pengerusi Flynas, Ayed al-Jeaid berkata majlis penandatangan di Riyadh itu termasuk pilihan bagi 40 lagi pesawat perjalanan jarak dekat dan sederhana dalam apa yang eksekutif syarikat penerbangan itu berkata adalah pasaran domestik yang semakin berkembang.
Bander al-Mohanna, ketua eksekutif NAS Holding, menandatangani perjanjian itu bersama Fouad Attar, pengarah Timur Tengah bagi syarikat Aeroangkasa Eropah.
Mohanna memberitahu sidang berita berikutan majlis itu yang perjanjian itu telah dibuat oleh flynas ‘untuk memainkan peranan utama dalam pasaran’.
Penghantaran itu akan bermula tahun depan dan diteruskan sehingga kira-kira 2026, kata eksekutif flynas.

Syarikat penerbangan yang berusia 10 tahun itu mengoperasikan A320, memajak hampir 30 buah pesawat udara, dan jumlah penumpangnya kini melebihi enam juta setahun, kata eksekutif.
Pengangkutan itu menumpukan urus niaga dalam lingkungan semenanjung Arab dan sekelilingnya.
Syarikat Penerbangan Arab Saudi milik kerajaan, yang dikenali sebagai Saudia, merupakan syarikat paling berpengaruh dan berhasrat untuk mengembangkan armadanya kepada 200 buah pesawat menjelang 2020. – AFP