Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    F&N intai pasaran besar dalam sektor halal global

    KUALA LUMPUR, 9 SEPT – Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) merancang untuk memanfaatkan produknya bagi meraih bahagian pasaran yang lebih besar sambil mengembangkan kehadirannya terutamanya dalam pasaran halal global.

    Pengarah hubungan kerajaan dan industri dan hal ehwal halalnya, Datuk Raffiq Ariff berkata sebagai contoh sos tiram dan kicap jenama Sri Nona, produk tersebut mempunyai prospek baik untuk dipasarkan terutamanya di pasaran yang majoritinya penduduk Islam.

    “Kami melihat bahagian bagi pasaran ini masih besar dan kami mahu mengambil peluang untuk merebutnya terutamanya di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

    “Ini sudah pastinya akan meningkatkan kehadiran kami dan juga meningkatkan kesedaran jenama kami,” katanya kepada Bernama pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-18 (MIHAS 2022).

    Ketika ini, katanya F&N mempunyai kehadiran di 88 buah negara termasuk sebuah pejabat di Dubai.

    Sementara itu, Raffiq berkata, kumpulan tersebut sedang di peringkat akhir proses membeli ladang tenusu seluas 2,800 hektar.

    Beliau berkata sebaik sahaja janji niaga itu dimuktamadkan, ladang tersebut akan membolehkan kumpulan itu beroperasi dengan lebih mampan di samping mengekalkan harga produk yang rendah bagi pengguna.

    “Memandangkan separuh daripada produk kami adalah dari tenusu, adalah wajar untuk kami meneroka perniagaan ini. Sekarang ini kami mengimport kebanyakan daripada bahan ramuan yang mahal dan kami mengalami kerugian daripada segi pertukaran asing,” katanya.

    Awal tahun ini, dilaporkan bahawa F&N membeli sebuah ladang tenusu besar di Gemas, Negeri Sembilan, melibatkan pelaburan berjumlah RM1 bilion.

    Selain itu, F&N masih merancang untuk melakukan lebih banyak pengambil alihan terutamanya dalam segmen berasaskan makanan susulan pengambil alihan Sri Nona, Cocoaland dan pembelian ladang tenusu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...