Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Fokus hal lain bukan jumlah kes

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam membuat persediaan untuk beralih kepada endemik, terutama dari segi vaksinasi.

    Kerajaan bukan sahaja memberikan satu, dua atau tiga dos tapi sekarang ada menyediakan dos keempat bagi yang mempunyai penyakit berjangkit atau yang mengalami imun menurun.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata sedemikian semasa menjawab persoalan media mengenai tidak ada lagi perkongsian jumlah kes jangkitan harian yang mana orang ramai merasakan ia masih perlu untuk dikongsikan.

    Beliau seterusnya menambah, selain usaha-usaha yang telah dibuat itu, kerajaan juga menyediakan dan banyak memperolehi ubat antiviral.

    “Kita tidak mahu orang merasa takut ataupun sesuatu kerajaan itu memencilkan di-rinya dari dunia luar dan ini yang kita tidak mahu berlaku.

    “Kita tahu kalau kita membuat perkara-perkara ini dengan mengambil vaksinasi, menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan dengan bertawakal serta berdoa, kita dapat mengurangkan gejala-gejala yang berat yang mana boleh membebankan sistem kesihatan dan dengan semua ini, Insya-Allah kita akan dapat mengharungi apa juga gelombang yang ada,” ujarnya.

    Seperti virus yang lain, jelas beliau lagi, virus ini tidak akan hilang begitu saja terutama sekali dengan adanya mutasi dan sebagainya kerana virus ini boleh bertahan dengan lebih lama atau boleh beralih kepada binatang, dan binatang ke manusia dan sebagainya.

    Dalam perkara ini, kita perlu membuat sesuatu persediaan bagaimana cara untuk menanganinya dan inilah persediaan. Apa yang perlu diingat, pada 2021 jumlah kematian disebabkan COVID secara langsung adalah 54 orang dan kematian disebabkan perkara lain tahun lepas ialah 1,623.

    “Banyak perkara lagi perlu ditangani seperti masalah kanser, jantung dan sebagainya, dan orang ramai hanya perlu ingat juga, apa risiko-risiko kanser, jantung, diabetes dan sebagainya,” tekannya.

    Menurutnya lagi, “Kita perlu mengalihkan fokus kepada yang lain juga terutama orang ramai, kalau ada risiko-risiko ini ia juga perlu ditanai kalau tidak ia akan melibatkan
    kematian.

    “Memang ajal di tangan tuhan dan seperti dinyatakan sebelum ini juga, usaha mesti ada dari pihak kerajaan dan biskita,” tambahnya.

    “Kalau hendak memberi fokus kepada nombor ini saja, tegasnya, orang ramai akan semakin takut untuk keluar rumah dan berjumpa doktor bagi masalah penyakit lain dan ini akan memberi bebanan kepada mereka.

    “Pada masa ini, kerajaan pun sudah menyediakan vaksin dan kalau mahu mereka boleh mengambil dos keempat.

    “Banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan dan memang ramai mahu tahu jumlah jangkitan harian, tetapi adakah mereka akan keluar atau tidak akan keluar rumah jika angka kes dalam 500? Ia adalah serampang dua mata,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menegaskan, jika merasa takut sila patuhi SOP dan buat apa yang disediakan oleh kerajaan, terutama sekali vaksinasi dan bagi mereka yang merasa simptomnya berat, berjumpalah doktor untuk mengetahui sama ada mereka sesuai untuk memakan antiviral dan sebagainya.

    “Ini bukan untuk menakut-takutkan orang ramai, atau menyebarkan berita-berita palsu yang tidak berasas,” tambahnya.

    Beliau seterusnya menyeru orang ramai untuk sama-sama bersatu padu dalam menanai penularan wabak yang masih berlaku, walaupun pada masa endemik ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...