Fokus tingkat keselamatan makanan

KOTA KINABALU, 15 APRIL – Kerajaan Negeri Sabah akan memfokus kepada langkah meningkatkan keselamatan makanan bagi memastikan rakyat di negeri itu mendapat bekalan yang mencukupi meskipun selepas pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata langkah itu penting dalam memastikan Sabah tidak terlalu bergantung kepada bekalan makanan import sebaliknya berusaha meningkatkan keupayaan sektor pertanian, termasuk penghasilan padi tempatan.

Sehubungan itu, Mohd Shafie berkata kawasan tanah seluas 4,046 hektar telah diluluskan untuk penanaman padi di Terusan Sapi, Sandakan selain 80 hektar bagi penanaman padi bukit di Long Pasia, Sipitang. – Bernama