Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Food Bank, langkah atasi isu kenaikan harga makanan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Inflasi bukan satu isu yang hanya terjadi di negara ini, malah negara-negara seluruh dunia juga mengalaminya, terutamanya bukan saja berkaitan dengan harga makanan, elektrik, minyak dan sebagainya.

    “Bagaimanapun bagi menghadapi inflasi itu, kerajaan kita sudah menaikkan subsidi dan di samping dalam perundingan bersama beberapa kementerian,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa menjawab persoalan media mengenai bagaimana cara kerajaan akan memperlahankan inflasi, pada sidang media yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Selain itu, Yang Berhormat Dato juga mengatakan, beberapa langkah juga dirancang seperti menubuhkan Food Bank di mana ia akan dapat menggunakan beberapa buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dapat memasukkan bekalan dari luar negara untuk beberapa jenis barangan yang belum dijual di kedai-kedai biasa.

    “Pada masa ini, kita juga mempunyai kilang pemprosesan makanan GLC di Salambigar yang baharu, di mana ia dapat membuat makanan tin dan sebagainya,” katanya.

    Oleh itu, dengan adanya kilang tersebut, ia dapat membekalkan makanan kepada orang ramai dengan harga yang paling rendah.

    Sementara itu, beberapa langkah lain juga sudah dilaksanakan sejak penularan wabak COVID iaitu seperti kempen Buy Local Produce yang masih diteruskan dan kempen sedemikian adalah satu cara untuk memberi galakan kepada petani untuk terus mengusahakan tanaman mereka bagi meningkatkan penghasilan dan memenuhi permintaan domestik.

    Sehubungan itu, mendapatkan bekalan bahan-bahan yang diperlukan untuk pemprosesan tersebut juga akan diambil perhatian supaya ia dapat dimasukkan dan dijual dengan harga yang rendah, kata beliau.

    “Kita akan terus berusaha mendapatkan bekalan barang yang mencukupi dan harga yang serendahnya dengan kontak-kontak pembekal di luar negara selain memikirkan apa yang dapat dilaksanakan dalam negara dengan menggunakan kemudahan pembuatan yang ada,” jelas Yang Berhormat Dato.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...