Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Foodora tarik diri dari Australia

    SYDNEY, 3 Ogos – Perkhidmatan penghantaran makanan Foodora sedang menarik diri dari Australia, menurut firma yang berpangkalan di Jerman itu berkata, ia beralih fokus kepada pasaran lain selepas berdepan tuntutan mahkamah berhubung layanan syarikat terhadap pekerjanya.

    Foodora, di samping pesaing Uber Eat dan Deliveroo, merupakan platform penghantaran makanan di Australia yang membolehkan orang ramai untuk memesan makanan dari restoran-restoran tempatan menerusi telefon mudah alih.

    “Foodora telah mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan pasaran Australia dan menghentikan operasinya dalam respons kepada satu peralihan fokus terhadap pasaran lain di mana syarikat sedang menyaksikan potensi besar bagi pertumbuhan,” menurut kenyataan kumpulan itu semalam.

    Perkhidmatan itu, yang memasuki pasaran Australia pada 2015, akan mengurangkan operasinya dan ditutup menjelang 20 Ogos depan.

    Foodora telah berdepan kritikan daripada kesatuan berhubung operasinya pada beberapa bulan kebelakangan dan berdepan tindakan Mahkamah Persekutuan oleh Badan Keadilan Kerja milik kerajaan.

    Badan itu, yang memfailkan tindakan mahkamah Jun lalu bagi mewakili tiga pekerja syarikat itu pada 2015, menuduh syarikat ‘terlibat dalam aktiviti penipuan kontrak yang menyebabkan pekerja tidak dibayar dengan gaji yang mencukupi.’

    Agensi kerajaan itu turut berkata, perkhidmatan penghantaran makanan tersebut telah melanggar undang-undang Australia dengan memberikan gambaran yang salah bahawa ketiga-tiga pekerja tersebut adalah kontraktor bebas, namun hakikatnya mereka adalah kakitangan Foodora.

    Sebagai akibat, mereka dituduh tidak menerima bayaran yang sepatutnya dari syarikat itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda