Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, foodpanda turut tidak ketinggalan untuk mengadakan pejabat terbuka sempena Hari Raya bagi ahli dan kakitangannya yang berlangsung di Ibu Pejabat foodpanda, petang tadi.
Ini merupakan kali kedua mereka menganjurkan majlis Sambutan Hari Raya yang bertujuan untuk menunjukkan penghargaan kepada para pekerja dan kakitangannya atas perkhidmatan yang telah diberikan di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Menurut kenyataan yang diberikan, kesemua pekerja foodpanda terdiri daripada belia-belia tempatan dan diharap akan dapat meningkatkan lagi jumlah pekerja tempatan.
Pengurus Operasi foodpanda, Mikhael Harris dipetik sebagai berkata, “Matlamat kami adalah untuk meningkatkan lagi pekerja belia-belia tempatan di negara ini di samping memperluaskan lagi liputan penghantaran.”
Kini, foodpanda telah bekerjasama dengan lebih 70 buah restoran di negara ini.
