Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ford Everest tampil canggih

    Oleh Mu’min Karim
    Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Premier Automobiles Sdn Bhd (PASB), pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Ford di Brunei telah melancarkan Ford Everest Next-Generation pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Utama Premier Motors.

    Ford Everest Next-Generation merupakan kenderaan serba canggih yang menawarkan kemewahan premium, keluasan, keselesaan dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) kelas atasan, digabungkan dengan keupayaan yang boleh dipercayai untuk kegunaan seharian.

    Everest Next-Generation tampil dengan wajah premium dan menggabungkan ciri-ciri mewah dan futuristik.

    Model itu datang bersama lampu depan C-clamp yang bergaya dan futuristik, gril moden dan bahagian hadapan yang diukir meningkatkan lagi keunggulan SUV baharu Ford.

    SUV tersebut turut menampilkan enjin diesel Bi-Turbo 2.0 liter baharu dan transmisi automatik 10 kelajuan, disertakan dengan sistem pacuan semua roda.

    Selain itu, pelbagai mod pemanduan dalam Everest Next-Generation dapat mengoptimumkan prestasi kenderaan agar sesuai dengan pelbagai keadaan berbeza seperti kamera pandangan sekeliling yang canggih dan kunci pembezaan belakang serta pengembaraan luar jalan lebih mudah dicapai.

    Juga ditawarkan mod lumpur direka untuk membantu mengekalkan momentum kenderaan bagi membantu membersihkan lumpur dari bunga tayar dan mod pasir yang direka untuk digunakan di atas pasir dan salji dalam serta mengoptimumkan penghantaran kuasa.

    Bahagian dalam kenderaan mempunyai kabin yang luas dengan tempat duduk kulit premium untuk keselesaan semasa pemanduan pendek atau jauh, selain dilengkapi panel instrumen yang dikemas kini dan kecanggihan teknologi termasuk pengecasan tanpa
    wayar bersepadu dan brek letak kenderaan elektrik, brek kecemasan automatik.

    Ciri-ciri teknologi lain yang dipertingkatkan termasuk Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go dan Lane Centering, yang membolehkan Everest mengesan tanda lorong dan membantu memastikan kenderaan berada di tengah-tengah lorong.

    Ford Everest Next-Generation semasa dilancarkan pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Utama Premier Motors, kelmarin.
    Bahagian dalam Ford Everest Next-Generation yang luas untuk keselesaan semua.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...