Ford lancar pikap elektrik Lightning

DEARBORN, AMERIKA SYARIKAT, 20 MEI – Ford melancarkan versi trak elektrik paling laris F-150 semalam, dalam penciptaan semula jenama kereta alam mesra Amerika.

Model Ford F-150 ‘Lightning’ yang menggunakan bateri itu merupakan sebahagian daripada kempen AS$22 bili-on oleh syarikat gergasi kereta Amerika Syarikat (AS) untuk menambah tawaran kenderaan elektriknya menjelang tahun 2025. Ford telah pun menjual kenderaan elektrik sepenuhnya, kenderaan sport utiliti Mustang Mach-E, tetapi ‘Lightning’ akan menjadi jelmaan pertama versi elektrik F-150.

F-150, pertama dilancarkan oleh Ford pada 1948, telah lama menjadi kende-raan AS paling laris dan jenama popular untuk firma berusia 118 tahun itu.

F-150 ‘Lightning’ adalah model ‘paling pintar, paling bersih’ dalam tawaran kenderaan, kata beliau. “Dan ia berkuasa tinggi.”

Sekiranya bekalan elektrik terputus, kenderaan itu mampu membekalkan elektrik kepada sebuah rumah selama tiga hari, menurut Ford.

Dan bagi profesional yang menggunakan trak tersebut di tapak pembinaan, outlet elektrik kenderaan boleh berfungsi sebagai sumber tenaga untuk peralatan.

Ford enggan mengeluarkan butir-butir mengenai kenderaan berkenaan sebelum pelancaran rasmi semalam.

Namun Presiden Biden mendedahkan bahawa ‘Lightning’ boleh mencecah 0-60 batu sejam dalam kira-kira 4.4 saat, semasa kunjungan ke operasi Ford di Michigan untuk memberikan sokongan terhadap pelan infrastruktur bernilai AS$2 trilion, yang termasuk pembangunan kenderaan elektrik berjumlah AS$174 bilion. – AP

Gambar serahan Ford menunjukkan ketua jurutera Lightning, Linda Zhang menjelaskan butir-butir mengenai trak elektrik pertama Ford semasa pelancaran kenderaan itu di ibu pejabat Ford di Dearborn, Michigan pada 19 Mei 2021. – AP