Ford mantapkan semula kedudukan

NEW YORK, 11 Jan – Syarikat gergasi kereta AS Ford yang bergelut dengan kemerosotan harga saham dan jualan lembap mengambil langkah untuk memantapkan semula kedudukannya minggu ini dengan pengumuman penyusunan semula besar-besaran di Eropah ketika ia bersedia untuk menjalin perkongsian strategik dengan pengeluar kereta Jerman Volkswagen.

Jenama Amerika itu akan melaksanakan satu penyusunan semula dalam operasinya di Eropah untuk menambah keuntungan, termasuk beribu-ribu pembuangan pekerja.

Ia juga dijangka mengumumkan satu gabungan utama dengan VW pada minggu depan, tatkala ia berlumba untuk menyaingi teknologi kereta automatik dan elektrik.

Ford, yang menggaji 200,000 orang di seluruh dunia dan membawa masuk hampir AS$146 bilion dalam pendapatan pada tahun 2017, berkata sebelumnya bahawa ia mahu memotong kos sebanyak kira-kira AS$25.5 bilion pada tahun 2022. Menurut penganalisis, 24,000 pekerjaan telah terancam.

Ford telahpun berhenti mengeluarkan kereta sedan dan kereta kecil untuk menjimatkan AS$11 bilion di AS dan ia mungkin juga akan membatalkan model Fiesta, Focus dan Mondeo di ERopah, di mana mereka adalah popular.

Pemotongan kos tambahan juga termasuk penutupan kilang AS yang tidak beroperasi sepenuhnya, menurut penganalisis Morgan Stanley Adam Jonas, meskipun tekanan daripada Presiden Donald Trump ke atas pengeluar kereta untuk mengekalkan tenaga kerja AS.

Ia juga mungkin menjejas China dan Latin Amerika, dua pasaran di mana Ford sedang bergelut, beritahu sumbr yang rapat dengan pelan itu kepada AFP. – AFP

Gambar fail 31 Ogos 2014 menunjukkan logo Ford dan Volkswagen dilihat pada Pameran ‘Caravan Salon Duesseldorf’ di Jerman. Menurut sumber, Ford dan Volkswagen bersedia untuk menjalin perkongsian strategik termasuk dalam pembuatan kereta autonomi dan elektrik. – AFP