Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Ford tarik balik 634,000 kenderaan SUV

    DEARBORN, MICHIGAN, 25 NOV – Ford Motor Co sedang menarik balik lebih 634,000 kenderaan SUV di seluruh dunia disebabkan injektor bahan api yang retak boleh mengeluarkan wap bahan api yang bocor dalam enjin panas dan mengakibatkan kebakaran.

    Penarikan balik itu meliputi model Bronco Sport dan Escape SUV dari tahun 2022 hingga 2023. Kesemuanya mempunyai enjin tiga silinder 1.5 liter.

    Pengeluar kereta di Dearborn, Michigan berkata semalam ia tidak menyarankan supaya pemilik berhenti memandu kenderaan atau meletak kereta di luar rumah disebabkan kebakaran jarang berlaku dan pada umumnya tidak berlaku apabila enjin dimatikan.

    Namun Ford berkata ia telah menerima 20 laporan kebakaran, termasuk tiga yang meletus pada struktur berhampiran. Syarikat itu juga berkata ia menerima tiga tuntutan kebakaran yang berlaku kurang daripada lima minit selepas enjin dimatikan, namun tidak ada kecederaan yang dilaporkan.

    Kerja-kerja pembaikan masih belum diumumkan, namun pemilik kenderaan harus menjadualkan servis dengan peniaga sebaik sahaja ia ditawarkan, kata Jim Azzouz, Pengarah Eksekutif Pengalaman Pelanggan, dalam satu kenyataan. Pemilik akan diberitahu menerusi surat mulai 19 Disember.

    Peniaga akan memeriksa injektor dan menggantinya jika perlu. Ford juga berkata ia akan melanjutkan waranti untuk merangkumi injektor bahan api yang retak selama 15 tahun. – AP

    Logo syarikat kelihatan di gril sebuah kenderaan di kedai Ford di Littleton, Colorado. _ AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...