Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ford tarik balik hampir 60,000 kereta

    BEIJING, 10 JULAI – Ford China Co. Ltd menarik balik 59,935 kenderaan import daripada pasaran China, kata badan pengawas terkenal negara dalam satu kenyataan.

    Penarikan balik tersebut melibatkan kenderaan import iaitu Explorer SUV yang dikeluarkan antara 12 November 2012 dan 30 September 2017, menurut kenyataan Jabatan Pentadbiran Undang-undang Pasaran.

    Sesetengah kenderaan tersebut terdedah kepada garam kimia di jalan yang boleh menyebabkan sambungan bebola paksi silang mengalami penghakisan dan rosak, yang boleh mengakibatkan bahagian suspensi belakang patah atau terputus.

    Kerosakan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan hilang kawalan ketika pemanduan sekali gus meningkatkan risiko kemalangan, menurut kenyataan.

    Syarikat Ford akan mengganti bahagian yang rosak tanpa bayaran untuk menghapuskan risiko berkenaan, tambah kenyataan tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...