Format baharu CONCACAF peluang besar ke Piala Dunia

MIAMI, 29 JULAI – Pusingan akhir kejohanan kelayakan CONCACAF untuk Piala Dunia 2022 akan ditambah dari enam pasukan kepada lapan pasukan, badan pengelola bola sepak di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean mengesahkan pada Isnin lalu.

CONCACAF mengatakan dalam satu kenyataan bahawa lima pasukan Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica, Jamaica dan Honduras secara automatik akan mara ke dalam pusingan akhir lapan pasukan untuk merebut tempat ke final 2022 di Qatar.

Lima pasukan itu akan disertai oleh tiga pasukan yang muncul dari dua pusingan kelayakan awal yang akan melibatkan 35 negara anggota CONCACAF. Dalam satu kenyataan, Presiden CONCACAF, Victor Montagliani mengatakan format baharu itu menawarkan peluang yang lebih besar untuk kelayakan Piala Dunia kepada pasukan di rantau ini. – AFP

Victor Montagliani mengatakan format baharu itu menawarkan peluang yang lebih besar untuk kelayakan Piala Dunia kepada pasukan di rantau ini. – AFP