Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Format sambutan Hari Keputeraan ke-77 dirangka

    Oleh Sim Y. H., Nurdiyanah R. & Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun 2023 bagi Peringkat Daerah telah diadakan hari ini.

    Bagi peringkat Daerah Brunei dan Muara, mesyuarat telah diadakan di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Mesyuarat turut membincangkan mengenai pembubaran jawatankuasa perayaan dan pelantikan jawatankuasa yang baharu bagi sambutan perayaan tahun ini.

    Mesyuarat juga membahaskan laporan post mortem acara-acara perayaan tahun lalu dan menumpukan kepada penyusunan acara sambutan perayaan serta membincangkan format atur cara sambutan perayaan tahun ini bagi peringkat Daerah Brunei dan Muara.

    Sementara itu, bagi Daerah Tutong mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri dan dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaan cawangan Daerah Tutong, ahli-ahli jawatankuasa sambutan perayaan, serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Daerah Tutong.

    Awang Misle semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun 2023 bagi Peringkat Daerah Brunei dan Muara.
    Awang Mohammad Sofian semasa mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.
    Haji Amirol Hafidzin semasa menghadiri mesyuarat di Daerah Belait.- Gambar serahan Pejabat Daerah Belait
    Antara ahli jawatankuasa mengajukan soalan semasa berlangsugnnya mesyuarat tersebut.

    Mesyuarat diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.
    Pada mesyuarat tersebut, Awang Mohammad Sofian berharap agar ahli-ahli jawatankuasa perayaan yang dilantik dapat berusaha dengan gigih merancang supaya semua acara yang bakal diungkayahkan bersempena sambutan berkenaan berjalan dengan lancar dan teratur, sambil menitikberatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan menangani penularan COVID.

    Mesyuarat juga membincangkan cadangan acara-acara sektoral termasuk acara-acara keagamaan, kemasyarakatan, dan kesukanan, serta Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam bagi ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung, penuntut-penuntut institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah menengah seluruh negara.

    Selain itu, mesyuarat turut melantik ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-77 bagi Daerah Tutong Tahun 1444H/2023M.

    Manakala di Daerah Belait, mesyuarat diadakan di Dewan Santap di kediaman Pegawai Daerah Belait.

    Hadir bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, yang diiringi oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah yang merupakan Ketua Kampung Bukit Sawat.

    Turut hadir adalah penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kanan serta ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Keputeraan Ke-77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Daerah Belait bagi tahun 2023.

    Antara yang dibincangkan termasuk pembinaan dan pemasangan pelbagai perhiasan dan sepanduk bagi memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77, pelbagai aktiviti keagamaan seperti Doa Kesyukuran Khatam Al-Quran, penyediaan gerai perayaan sempena sambutan tersebut, serta majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...