Formula E: ExxonMobil, Porsche jalin kerjasama

SPRING, TEXAS, 10 SEPT – ExxonMobil sedang memperluaskan perniagaan global dan perkongsian teknikal mereka dengan Porsche melalui penggabungan dengan pembuat kereta mewah Jerman itu pada kereta siri Formula E mereka untuk musim 2019/2020.

Perkongsian baharu itu melambangkan kemasukan pertama ExxonMobil ke dalam sukan bermotor elektrik.

Bermula dari perlumbaan pertama di Arab Saudi pada akhir tahun ini, ExxonMobil akan menyediakan cecair rangkaian kuasa elektrik berprestasi tinggi berjenama Mobil kepada Porsche, yang dibangunkan khusus untuk memenuhi permintaan khas bagi kenderaan elektrik.

“Kemasukan kami ke dalam Formula E dengan Porsche bukan sahaja melambangkan satu pengembangan kepada perhubungan perniagaan kami yang berjaya, tetapi juga satu pengembangan dalam satu perkongsian yang berjaya dalam perlumbaan,” kata Russ Green, naib presiden, pelincir siap di ExxonMobil.

“Ketika Porsche mula untuk bersaing dan menunjukkan keupayaan teknologi kenderaan elektrik mereka, ExxonMobil sedang perekayasaan satu suite lengkap pelincir berjenama Mobil untuk membantu pasukan Formula E Porsche yang baharu itu membina di atas legasi kejayaan perlumbaan di seluruh dunia. Sukan bermotor menyediakan gelanggang pembuktian yang muktamad untuk terus membangunkan pelincir dan cecair yang berprestasi tinggi.”

Kenderaan yang bersaing di dalam sukan bermotor elektrik mendapat manfaat daripada teknologi pelincir berprestasi tinggi yang menyediakan kelebihan khusus yang diperlukan bagi pek bateri kereta termasuk kebolehaliran elektrik, keupayaan penyejukan dan keserasian bahan. – Bernama