Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Forum Asia Inc akan mengadakan Forum Dewan Perbandaran pada 21 September depan sebagai sebahagian daripada program Transform 2023.
Ia dijangka dihadiri oleh 130 orang kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada pelbagai industri, serta pelbagai perwakilan ekonomi Brunei.
Forum bertajuk ‘Berfikir Besar dalam Pasaran Kecil: Bagaimana Membina Perniagaan Brunei yang Berjaya’ itu akan diadakan di Hotel Radisson di ibu negara.
Program sehari itu akan menyentuh tentang cara mengembangkan perniagaan Brunei, bagaimana untuk kekal berdaya tahan dan bagaimana untuk mempersiapkan masa depan di tengah-tengah landskap semasa.
Penganjurannya diadakan dengan kerjasama Bank Baiduri sebagai penaja penyampai.
Program tahunan itu direka bentuk untuk menyokong pemilik perniagaan, usahawan dan pengurus Brunei dengan menyediakan platform untuk pembelajaran, rangkaian dan perkongsian idea.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Pengiran Hanna Pengiran Hassanal dengan menghantar e-mel kepada conference@asiaincforum.com atau menghubungi talian 8902082 untuk pertanyaan atau pendaftaran bagi acara tersebut.
