BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengadakan forum maya baru-baru ini untuk membincangkan industri perkhidmatan komersial dan keluarga Brunei sebagai kesinambungan kepada BIBD SME360 Series.
Acara tersebut bermula dengan perbincangan mengenai cabaran pasaran yang dihadapi perniagaan semasa gelombang kedua pandemik dan Fasa Peralihan terkini.
Panel speaker, yang termasuk Pengarah Urusan Fabrica, Steven Pang; Pengurus Pembangunan Perniagaan Hiap Guan Cushion Furniture, Jerry Neo dan Eksekutif Pentadbiran Good Home, Angelina Kong mengongsikan sementara gelombang kedua pandemik telah menimbulkan pelbagai cabaran untuk kebanyakan perniagaan di Brunei, penutupan sempadan menambah perbelanjaan domestik sekali gus membawa kepada jualan lebih tinggi. Sesi seterusnya membincangkan topik mengenai ‘Pembangunan Perniagaan dan Media Sosial oleh pemain industri termasuk Pengurus Cawangan Thermonix Brunei, Ellin Chong; Pengurus Besar Gurukul Sdn Bhd, Madine Singh dan Pengurus Pemasaran Jaquar World, Haji Mohd Sofian Abdullah Lai.
Perbincangan juga meliputi kepentingan menggunakan media sosial untuk membantu memasarkan produk dan perkhidmatan secara efisien. Selain itu, forum juga menumpu pada trend dan ciri-ciri pengguna dalam industri rumah, amalan dan strategi terbaik semasa wabak serta kepentingan kesejahteraan kakitangan dan penyelidikan pasaran demi memastikan kemapanan jangka panjang perniagaan.
Penceramah juga membincang perniagaan mesra ekologi dan peluang dalam pasaran perniagaan mampan yang perlu ditinjau oleh usahawan di Brunei.
Kesemua topik yang dibincangkan adalah sejajar dengan usaha BIBD untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana berpulih secara mampan berikutan wabak COVID-19 dalam negara.
Ia juga merupakan sebahagian daripada komitmen BIBD untuk mendidik dan membawa kesedaran mengenai bidang di mana perniagaan boleh melaksanakan amalan perniagaan mesra alam.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai BIBD SME360 Series yang akan diadakan pada 8 dan 9 Mac dengan mendaftar melalui curiousmind.biz/sme360. Forum seterusnya akan merangkumi industri harta tanah dan pembinaan.
Forum itu, yang berlangsung dari Januari hingga Mei itu, memaparkan dua industri setiap bulan. Siri forum maya itu bertujuan mengumpul pemimpin dan pakar industri daripada 10 sektor perniagaan utama di seluruh Brunei dalam sesi yang membabitkan pemilik perniagaan dan stakeholder untuk membincang cabaran, amalan terbaik, perspektif dan peluang untuk kembali lebih kukuh.