Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Forum bincang kerjasama bina bandar pintar

    PHNOM PENH, 2 DIS – Datuk Bandar negara-negara (ASEAN) bertemu di Phnom Penh pada hari ini bagi membincangkan bagaimana menggalakkan kerjasama menyeluruh untuk membina bandar pintar, berdaya tahan dan mampan di rantau ini.

    Berucap pada majlis perasmian Forum Datuk Bandar ASEAN dan Mesyuarat Gabenor/Datuk Bandar ASEAN 2022, Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen berkata bandar menjadi nadi negara dan wilayah serta tempat tumpuan untuk semua jenis aktiviti, terutamanya di bidang sosioekonomi, budaya dan politik, lapor Xinhua.

    “Justeru, pembangunan sosioekonomi dan pembinaan komuniti yang kukuh, mampan dan inklusif mesti bermula dengan pembinaan bandar pintar, berdaya tahan dan mampan,” kata beliau.

    Beliau berkata sejak ditubuhkan pada 2018, Rangkaian Bandar Pintar ASEAN telah memberikan sumbangan besar bagi merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2025, Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025, Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 dan Agenda Bandar Baharu. 

    Hun Sen berkata ASEAN dan dunia telah menghadapi beberapa siri cabaran dan mewujudkan bandar pintar dan hijau dengan penggunaan teknologi digital satu hala tuju paling tepat untuk masa kini dan akan datang. 

    “Bandar pintar mempunyai potensi besar dalam menangani isu perancangan bandar dengan cara yang inovatif, mengukuhkan daya tahan terhadap pelbagai risiko, terutamanya meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran penduduk tempatan dalam kebiasaan baharu,” kata beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...