Forum bincang langkah membantu pengusaha kecil, sederhana

Oleh Nurdiyanah R.
Gambar serahan BIBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Siri BIBD SME360 10 bahagian diteruskan lagi dengan forum maya yang menyaksikan perbincangan mengenai keadaan semasa dan terkini bagi non-profit, changemakers dan industri pendidikan dalam era pasca COVID, baru-baru ini.

Forum maya selama dua hari itu telah memuatkan perbincangan pelbagai tajuk menarik yang mana pada hari pertama telah menyaksikan tiga tajuk utama iaitu Social Impact in the Post Pandemic Era: Reflections, Needs and Responses; Building a Stronger Community through Social Innovation and Collaborations; dan We are All Responsible: A Total Approach to Saving the Planet.

Sementara itu, pada hari kedua pula meliputi tajuk-tajuk perbincangan mengenai Post Pandemic Era: Reflections and Opportunities in the Education Industry; Adaptation and Priorities in the Early Education’ dan Roles and Purposes of the Education Industry in the Time of Change’.

Sehubungan itu, semua topik yang dibincangkan adalah selaras dengan usaha BIBD untuk membantu dan memulihkan para pengusaha kecil dan sederhana secara mampan berikutan penularan wabak COVID di negara ini.

Ia juga merupakan sebahagian daripada komitmen BIBD untuk mendidik dan memperkasakan kesedaran kepada para peniaga dan pengusaha untuk menjalankan lebih banyak amalan perniagaan yang menitikberatkan aspek alam sekitar iaitu sejajar dengan tiga tonggak Rangka Kerja Kelestarian BIBD khususnya nilai-nilai Responsible Entrepreneurship.

Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari bersama para speaker yang lain membincangkan tajuk-tajuk menarik pada forum tersebut secara maya.

Oleh itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai BIBD SME360 Series seterusnya yang akan diadakan pada awal Jun nanti di mana forum akan meliputi industri seni dan kreatif.

Siri SME360 yang telah berlangsung dari Januari hingga Mei menerusi forum maya ini, menampilkan dua industri setiap bulan bertujuan untuk mengumpulkan thought leaders dan pakar industri dari 10 sektor perniagaan utama di seluruh negara dalam sesi penglibatan dengan pemilik perniagaan dan pihak berkepentingan untuk membincangkan cabaran, amalan yang terbaik, perspektif dan peluang untuk kembali bangkit membangun lebih kukuh.

Program tersebut dianjurkan oleh BIBD dengan Darussalam Enterprise (DARe) sebagai rakan kongsi strategik, yang dikendalikan bersama oleh Firelight Sdn Bhd dan Curious Mind.

Ia disokong bersama oleh 10 rakan kongsi persatuan perdagangan utama Brunei dan peserta pasaran utama iaitu Melayu, Cina, India, dan National Chamber of Commerce; LiveWIRE; BIMP-EAGA; Young Entrepreneurs Association of Brunei (YEAB); Royal Brunei catering (RBC); McDonalds Brunei; Serikandi Group; GoMamam; Ghanim International Corporation (bruneihalalfoods); Jab Gym; Hua Ho; dan Soon Lee.

Dengan adanya siri-siri berkenaan, BIBD berharap ia akan dapat memberi manfaat dan panduan serta sokongan kepada perniagaan ke arah pertumbuhan yang lebih cergas, dinamik dan persekitaran keusahawanan mampan di Brunei selaras dengan pera-nan bank sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam pada itu, BIBD turut bakal mengadakan forum secara fizikal pada masa akan datang di Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) sekitar awal Jun nanti.