Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Forum kongsi keadaan cuaca semasa

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Negara Brunei Darussalam kini berada di penghujung monsun timur laut dan bakal memasuki tempoh monsun peralihan yang dijangka akan bermula secara lazimnya pada April setiap tahun.

    Tempoh monsun peralihan merupakan tempoh peralihan daripada monsun timur laut ke monsun barat daya di mana tempoh itu dijangka bermula April hingga Mei, yang akan membawa kita ke monsun barat daya yang dijangka bermula sekitar Jun nanti.

    Semasa tempoh peralihan itu, angin boleh bertiup dari pelbagai arah dan ia berbeza dari musim monsun di mana semasa berlakunya monsun timur laut, angin dari arah timur laut adalah lebih dominan.

    Penerangan mengenai monsun peralihan itu disampaikan oleh Pegawai Kaji Cuaca, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Dayang Nurulinani binti Haji Jahari semasa Forum Cuaca sempena Hari Kaji Cuaca Sedunia 2023 yang berlangsung di Dewan Auditorium Jabatan Penerangan, Berakas, hari ini.

    Hadir semasa forum berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary menghadiri Forum Cuaca sempena Hari Kaji Cuaca Sedunia 2023 yang berlangsung di Dewan Auditorium Jabatan Penerangan, Berakas, kelmarin.
    Ahli-ahli panel bagi forum tersebut.
    Antara yang menghadiri forum berkenaan.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, dan pemangku timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, serta jemputan-jemputan khas termasuk wakil-wakil daripada kumpulan-kumpulan pengguna khidmat cuaca dan iklim seperti kumpulan tindakan awal dan keselamatan, kumpulan ekonomi dan industri, syarikat-syarikat pembinaan, syarikat insurans, perusahaan kecil dan sederhana dan juga pihak media massa.

    Forum Cuaca yang diadakan sempena memperingati dan menyambut Hari Kaji Cuaca Sedunia 2023 dianjurkan oleh BDMD membawa tema Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentas Generasi.

    Forum itu mengetengahkan empat orang ahli panel iaitu Dayang Nurulinani; Jurutera, Jabatan Saliran dan Pembetungan (DSS), Pengiran Siti Roslina binti Pengiran Haji Abdul Hamid; Pegawai Pengurusan Bencana, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Dayang Siti Joriahati binti Johari dan Ketua Unit Adaptasi dan Kedayatahanan, Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS), Awang Mohammad Zulfadhli bin Haji Mahri.

    Dalam penerangannya lagi, Dayang Nurulinani menyatakan semasa monsun barat daya, angin dari barat daya adalah lebih konsisten.

    Disebabkan tiada pengaruh angin sinoptik semasa tempoh peralihan monsun berkenaan serta Brunei yang dianggap sebagai negara pantai, kesan angin tempatan akan memainkan peranan penting bagi mencorakkan keadaan cuaca semasa tempoh monsun peralihan itu.

    Beliau juga menyatakan pertukaran angin harian, cenderung menyebabkan pembentukan awan-awan hujan terutamanya di kawasan pedalaman negara pada waktu petang dan akan merebak ke kawasan persisiran serta kawasan perairan negara pada waktu malam.

    Semasa tempoh monsun peralihan iaitu April dan Mei, jumlah turunan hujan dijangka sedikit meningkat berbanding Februari dan Mac iaitu semasa fasa kedua monsun timur laut.

    Oleh itu, jumlah turunan hujan bagi tempoh peralihan monsun adalah 240 hingga 260 milimeter, jelasnya lagi.

    Beliau turut berkata kejadian ribut petir juga berpotensi memberi impak kepada kehidupan seharian seperti risiko kejadian banjir kilat, sambaran petir, jalan raya licin dan risiko kejadian kemalangan jalan raya serta kejadian angin kencang yang boleh menjejaskan struktur-struktur yang tidak kukuh.

    Sehubungan itu, Dayang Nurulinani menyarankan orang ramai untuk sentiasa peka mengenai amaran dan nasihat cuaca dikeluarkan oleh BDMD.

    Penerangan mengenai monsun peralihan itu bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman dan kepekaan pelbagai kumpulan pengguna dan orang ramai mengenai keadaan cuaca semasa bagi Negara Brunei Darussalam serta dapat memudah cara kesiapsiagaan dalam membuat perancangan dan tindakan awal dalam menghadapi sebarang keadaan cuaca.

    Pembentangan semasa forum cuaca itu memberikan tumpuan kepada situasi cuaca yang akan dihadapi di Negara Brunei Darussalam, bukti perubahan iklim di negara ini dan sejarah pendek mengenai kemajuan dan pencapaian dalam bidang kaji cuaca.

    Ahli-ahli panel forum membincangkan mengenai pelbagai topik berkisar tentang ancaman global perubahan iklim dan kejadian banjir kilat di Negara Brunei Darussalam serta langkah-langkah yang perlu diambil dalam menangani cabaran berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...