Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum platform kongsi penemuan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 10 Feb – Sebagai usaha untuk berkongsi dapatan hasil kaji selidik guru-guru, Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong melalui Program Pembangunan Guru (TDP) telah mengadakan Forum Guru sesi pertama bagi Tahun 2017, baru-baru ini.

    Forum yang telahpun bermula sejak tahun 2015 ini bertujuan bagi menyediakan platform kepada guru-guru untuk berkongsi penemuan penyelidikan mereka serta berkongsi idea-idea pengajaran yang inovatif dan penyelidikan yang telah dijalankan di samping menggalakkan pemikiran kritikal dalam amalan pengajaran seseorang.

    Pada Forum tersebut, panel pertama iaitu Ketua Unit Geografi PTE Tutong, Awang Mohd Rajuan bin Abdullah Luang telah menyampaikan pengalaman kerja lapangan pelajar yang pernah menyelidik dan mengenal pasti terhadap ancaman hakisan pantai di Pantai Telisai-Danau.

    Sementara panel kedua, Senior Master (Akademik) PTE Tutong, Dr Vincent Andrew, telah membentangkan hasil daripada pengalamannya sebagai pemerhatian pengajaran guru-guru melalui Penilaian Prestasi Guru-Guru (TPA) di Kementerian Pendidikan dan juga berperanan sebagai mentor dalam Collaborative Approach to Lesson Observation (CALO) dengan menggunakan Lesson Study sebagai rangka kerja.

    Antara yang hadir mendengar sesi Forum Guru TDP di PTE Tutong, baru-baru ini.
    Antara yang hadir mendengar sesi Forum Guru TDP di PTE Tutong, baru-baru ini.
    Pengetua PTE Tutong menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Unit Geografi PTE Tutong.
    Pengetua PTE Tutong menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Unit Geografi PTE Tutong.

    Selain tenaga pengajar PTE Tutong, turut hadir sebagai tetamu jemputan ialah Komandan Akademi Pertahanan di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Leftenan Kolonel Saiful-Akhmar bin Haji Mohd Shariff bersama tenaga pengajar lain iaitu Kapten Graham Doyle, Mejar Shahril Affendi dan Kapten Abdul Mujib Japar.

    Melalui penglibatan mereka, TDP PTE Tutong berharap lebih ramai lagi guru-guru atau tenaga pengajar akan dapat melibatkan diri dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka.

    Turut hadir bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada pembentang ialah Pengetua PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah.

    Forum yang pernah dibincangkan boleh disaksikan dalam YouTube di bawah akaun PTET TDP.

    Bagi mengetahui maklumat lanjut dan ingin mengikuti forum itu nanti, bolehlah menghantar emel kepada ptettdp@gmail.com atau cheeshengonn@ptet.moe.edu.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda