Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Forum tawar peluang pelaburan IKN

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Forum Pelaburan anjuran Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dengan tajuk ‘Pelaburan dalam Ibu Kota Nusantara (IKN)’ yang diadakan di KBRI, kelmarin, telah menarik minat seorang ahli perniagaan tempatan untuk mengusahakan Projek Tenaga IKN.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko menegaskan adalah wajar bagi Brunei mengambil bahagian dalam pembangunan IKN khususnya dalam bentuk pelaburan memandangkan kedudukan IKN yang terletak di pulau yang sama dengan Brunei.

    TYT Dr Sujatmiko turut menggariskan kepentingan kesalinghubungan tiga negara di pulau Borneo iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam.

    Forum itu mengundang Timbalan Kemajuan Wilayah, Bappenas, Dr Ir Himawan Hariyoga; Timbalan Perancangan Pelaburan, Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM), Indra Darmawan dan Naib Presiden Kanan Bahagian Jaminan Penaja Jamin II, PT. Jaminan Infrastruktur Indonesia, Ahmad Zaki Arifin sebagai penceramah khas.

    Ia turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Bank Baiduri, Bank Standard Chartered, Bank RHB, Kumpulan Serikandi dan 25 pelabur yang berpotensi.

    Antara yang hadir semasa forum yang diadakan di KBRI, baru-baru ini.
    TYT Dr Sujatmiko menyampaikan ucapan pada forum berkenaan.

    Dr Ir Himawan Hariyoga berkata, “Indonesia bercita-cita menjadi salah satu negara maju dan negara dengan ekonomi ke-5 terbesar di dunia menjelang 2045, bertepatan dengan 100 tahun kemerdekaan Indonesia.

    “Pembangunan IKN merupakan salah satu strategi Transformasi Ekonomi Indonesia untuk mencapai matlamat ini,” ujarnya. Indra Darmawan pula berkata, pada masa ini kerajaan sedang menyediakan beberapa insentif untuk menggalakkan pelaburan dalam IKN.

    “Insentif ini jauh lebih menarik daripada kemudahan yang tersedia pada masa ini untuk perniagaan di Indonesia,” tambahnya.

    Pada kesempatan itu, beberapa peluang pelaburan ditawarkan dalam pembangunan IKN pada 2024, antaranya pembinaan enam kemudahan kesihatan, empat kemudahan pendidikan, tiga bangunan pejabat atau pusat perniagaan, lima kompleks dan tiga kawasan perumahan.

    Sehingga kini, Pihak Berkuasa Permodalan Nusantara (OIKN) telah menerima lebih 70 surat untuk melabur dalam IKN daripada bakal pelabur.

    Kerajaan juga menawarkan jaminan pelaburan dalam infrastruktur melalui PT Penjaminan Infrastruktur Indonesia, di mana mandatnya telah diperluaskan untuk menjamin pembangunan infrastruktur di IKN.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...