Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Forum tingkat kerjasama kehakiman

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Ketua Hakim Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong telah menghadiri Persidangan Ketua Hakim Asia dan Pasifik ke-18 yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin.

    Persidangan itu ialah acara dwitahunan yang menyediakan forum untuk ketua hakim negara dari Asia dan Pasifik membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama badan kehakiman.

    Semasa persidangan tersebut, hakim tertinggi di rantau ini berpeluang untuk bertukar-tukar pengalaman dan membincangkan kebimbangan bersama, yang akan kondusif kepada pembangunan sistem kehakiman dalam bidang kuasa mereka.

    Dianjurkan oleh Bahagian Kehakiman Persatuan Undang-undang bagi Asia dan Pasifik (LAWASIA), persidangan ke-18 tersebut telah dihoskan oleh Badan Kehakiman Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China secara maya sepenuhnya.

    Ketua hakim negara dan wakil-wakil ketua hakim yang hadir meneliti dan meneroka pelbagai cabaran yang dihadapi oleh semua badan kehakiman dalam sesi perbincangan berbeza dengan topik termasuk menghadapi kritikan dari luar dan melibatkan diri dengan orang ramai, pengurusan kes dalam konteks kontemporari, lebih menonjol untuk mahkamah keluarga dan pendidikan kehakiman.

    Persidangan dihadiri oleh 24 ketua hakim negara dan lapan perwakilan hakim dari 32 bidang kuasa, termasuk Bhutan, Brunei Darussalam, Republik Rakyat China, Fiji, Guam, Hong Kong SAR, India, Republik Indonesia, Jepun, Republik Kazakhstan, Republik Korea, Republik Kyrgyz, Republik Demokratik Rakyat Laos, Macao SAR, Malaysia, Republik Kepulauan Marshall.

    Ia turut dihadiri oleh ketua hakim dan perwakilan hakim dari Negara Bersekutu Micronesia, Mongolia, Republik Kesatuan Myanmar, Nepal, New South Wales, Australia, Niue, Papua New Guinea, Republik Filipina, Persekutuan Rusia, Republik Seychelles, Singapura, Republik Afrika Selatan, Timor Leste, Kerajaan Tonga, Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Vietnam.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Keha-kiman dan Ketua Pendaftar, Yang Arif Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli bersama hakim dan pegawai dari badan kehakiman.

    Persidangan Ketua Hakim Asia dan Pasifik Ke-18.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...