Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum tingkat kesedaran alam sekitar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran persekitaran dengan membincangkan topik-topik yang berkaitan bersama penceramah yang terdiri daripada pakar dan belia, Green Brunei telah mengadakan forum secara maya dengan tajuk Thrifting: Sustainable or Trendy? hari ini.

    Seramai 53 orang peserta yang sebahagian besarnya terdiri daripada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun telah menghadiri forum tersebut.

    Program ini telah menjemput dua ahli panel iaitu Dayang Syazwina Sarah, yang dikenali sebagai @winachu di TikTok dan Instagram. Beliau juga tampil di Just Bruneians, satu gerakan kreatif tempatan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan bakat tempatan sebagai content creator.

    Ahli panel lain adalah Dawn Lee, pengurus La Vida Sdn Bhd, sebuah organisasi bukan kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2007 dengan misinya adalah untuk melayani, memperkuat dan memperkasakan individu dan keluarga termasuk mereka dengan keperluan khas. La Vida juga mengendalikan kedai barang berjimat cermat di Brunei.

    Dayang Syazwina Sarah mengetengahkan beberapa perkara yang mana thrifting pada mulanya didedikasikan untuk golongan komuniti kurang berkemampuan dan pakaian terpakai yang nampak tidak elok, lama dan tidak diingini. Kini terdapatnya sebilangan belia yang mengendalikan budaya thrifting dan menjadikannya sebagai produk bajet yang mudah dimiliki oleh golongan berkenaan.

    “Thrifting kini dilihat sebagai mesra bajet, mesra alam dan bergaya,” katanya. Beliau juga mengatakan bahawa thrifting telah memasuki arus perdana kerana pengaruh media sosial dari TikTok dan Instagram.

    Antara belia yang mengambil bahagian dalam forum anjuran Green Brunei semalam. – Gambar serahan Green Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda