Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Fosil anak gajah purba tidak sempurna ditemui di Kanada

    OTTAWA, 26 JUN – Kumpulan pelombong di lombong emas Klondike di utara Kanada dikejutkan dengan penemuan fosil hampir lengkap seekor anak gajah purba ketika melakukan kerja-kerja penggalian.

    Pakar paleontologi, Grant Zazula, berkata, fosil yang dinamakan Nun cho ga atau bermaksud anak haiwan besar itu kelihatan hampir sempurna apabila kulit dan bulunya masih terpelihara dengan baik.

    “Saya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fosil ini,” katanya.

    Fosil itu ditemukan ketika kerja-kerja penggalian lombong dilakukan di kawasan tanah beku di selatan bandar Dawson di wilayah Yukon yang bersempadan dengan Alaska.

    Anak gajah purba atau mammoth itu dipercayai betina dan mati semasa zaman ais, lebih 30,000 tahun lalu.

    Penemuan tersebut secara tidak langsung menjadi fosil pertama yang hampir lengkap dan masih terpelihara ditemukan di Amerika Utara.

    Sebahagian fosil gajah purba yang dinamakan Effie ditemukan pada 1948 di lombong emas di Alaska.

    Satu lagi fosil gajah purba, Lyuba juga ditemukan di Siberia pada 2007.

    Menurut kerajaan Yukon, saiz Nun cha go dan Lyuba dikatakan hampir sama. – AFP

    Gambar menunjukkan anak gajah purba berbulu lengkap bernama Nun cho ga ditemui di Eureka Creek di Yukon, selatan Bandar Dawson, Kanada. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...