Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Fosil ‘dinosaur pemangsa terbesar’ ditemui di UK

    PARIS, 9 JUN – Fosil dinosaur berwajah buaya gergasi yang ditemui di Isle of Wight oleh salah seorang pemburu fosil terbaik Britain mungkin merupakan pemangsa terbesar pernah berada di Eropah, menurut saintis kelmarin.

    Kebanyakan tulang dinosaur berkaki dua itu ditemui oleh mendiang pengumpul fosil tempatan, Nick Chase, yang mendedikasikan hidupnya bagi mencari fosil dinosaur di pantai selatan England.

    Penyelidik di Universiti Southampton kemudian menggunakan beberapa rangka tulang yang ada bagi mengenal pasti apa yang mereka panggil White Rock Spinosaurid, menurut mereka dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal PeerJ.

    “Ini ialah haiwan besar, melebihi 10 meter panjang dan dinilai dari beberapa dimensi, mungkin mewakili dinosaur pemangsa terbesar yang pernah ditemui di Eropah,” kata Chris Barker, pelajar PhD yang mengetuai kajian tersebut.

    Walaupun mengakui adalah lebih baik untuk mengumpul lebih banyak tulang sebelum membuat kesimpulan, Barker memberitahu AFP bahawa “nombor tidak berbohong, ia lebih besar daripada spesimen terbesar yang diketahui” yang sebelum ini ditemui di Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...