NEW YORK, 29 SEPT – Tangkapan besar fosil ikan di selatan China termasuk gigi paling tua telah ditemui, dan mungkin membantu ahli sains belajar bagaimana haiwan akuatik berkenaan mendapat gigi berkenaan.
Penemuan itu menawarkan petunjuk baharu mengenai tempoh evolusi yang sukar dikesan kerana sehingga sekarang, ahli sains belum menemui fosil dari era tersebut. Dalam empat kajian, disiarkan semalam dalam jurnal Nature, penyelidik membutirkan beberapa penemuan mereka, daripada gigi purbakala kepada spesies yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Fosil wujud sejak tempoh Silurian, era penting untuk kehidupan di bumi dari 443 juta tahun hingga 419 juta tahun lalu. Saintis percaya ikan berkenaan, yang masih berenang di lautan, mungkin mempunyai gigi dan rahang pada masa ini.
Ia membenarkan ikan memburu mangsa dan bukannya ‘menyelongkar makanan’ di dasar laut, menapis makanan daripada lumpur. Ia juga mencetuskan beberapa perubahan dalam anatomi haiwan, termasuk sirip berlainan, kata Philip Donoghue, ahli paleontologi Bristol dan penulis salah satu kajian tersebut.
Spesies paling umum dalam kumpulan adalah ikan berbentuk bumerang yang menggunakan rahangnya untuk mencedok cacing, kata Per Erik Ahlberg dari Universiti Uppsala Sweden, juga penulis salah satu kajian. – AP
