Foto Han So hee merokok dan bertatu tular

Pelakon drama The World of the Married, Han So hee menjadi bualan dalam kalangan warganet apabila beberapa foto lamanya tersebar di laman sosial.

Menurut Kstarlive, gambar memperlihatkan dia sedang merokok dan mempunyai beberapa tatu menjadi perhatian warganet apabila dianggap tidak sesuai menjadi contoh kepada masyarakat.

Namun, ada segelintir warganet yang menganggap Han So hee sudah dewasa dan berhak melakukan perkara demikian.

Bagaimanapun, Han So hee difahamkan sudah memadam tatu tersebut demi kerjaya lakonannya yang semakin bersinar. – Agensi

Pelakon drama The World of the Married, Han So hee. – Agensi