Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Fox nekad mahu atasi McIlroy

DUBAI, 17 NOV – Pemain golf New Zealand, Ryan Fox akan cuba untuk menafikan rekod Rory McIlroy yang akan menjadi pemain kedua dalam sejarah memenangi Piala FedEx dan Race to Dubai dalam tahun yang sama.

Fox berada pada tahap yang paling optimum dalam kariernya dan merupakan pemain utama yang McIlroy perlu awasi dalam Kejohanan Jelajah Dunia DP.

Pemain berusia 35 tahun itu melalui tahun 2022 yang menakjubkan, dengan dua kemenangan dan empat naib juara, terkini pada Ahad lalu dalam Cabaran Golf Nedbank di Afrika Selatan.

Ia menyaksikan anak kepada bekas kesatuan ragbi New Zealand, Grant Fox meningkat kepada 4,025.9 mata, hanya 128.1 di belakang McIlroy, dengan 2,000 mata untuk pemenang minggu ini.

Pemenang Race to Dubai bakal menerima AS$1 juta daripada AS$3 juta bonus terkumpul.
“Rory ialah pemain terbaik di dunia. Dia semestinya pemain pilihan, tetapi saya tiada apa-apa untuk dirugikan pada minggu ini,” kata Fox.

Tujuh daripada sembilan pemain teratas dalam Race to Dubai – Matt Fitzpatrick (nombor tiga), Tommy Fleetwood (nombor empat), Viktor Hovland (nombor lima), Shane Lowry (nombor lapan) dan Adrian Meronk (nombor sembilan) – mempunyai peluang untuk memenangi kejohanan.

Sementara itu, Will Zalatoris (nombor enam) dan Thomas Pieters (nombor tujuh) telah menarik diri daripada kejohanan. – AFP

Fox menjadi naib juara dalam Cabaran Golf Nedbank di Afrika Selatan, baru-baru ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi, Putin puji era baharu hubungan

MOSCOW, 22 MAC - Pemimpin China dan Rusia memuji era baharu dalam hubungan mereka hari ini, mempamerkan perpaduan di Moscow ketika Vladimir Putin menuduh...
- Advertisment -