Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Fox terima hadiah kehormat

    Michael J. Fox telah diberikan anugerah kehormat Oscar pada hari Sabtu untuk kempennya membiayai penyelidikan Parkinson sejak dia didiagnosis dengan penyakit neurodegeneratif itu pada kemuncak kerjaya lakonannya.

    Fox menerima patung tahunan Academy of Motion Picture Arts and Sciences untuk kerja kemanusiaan oleh tokoh industri perfileman pada malam gala serba hitam yang dipenuhi dengan bintang terkenal Hollywood di Los Angeles.

    “Awda membuat saya gementar, hentikan,” seloroh Fox ketika dia menerima tepukan gemuruh, sebelum menyifatkan anugerahnya sebagai ‘penghormatan yang sama sekali tidak dijangka.’

    Pelakon Kanada, Fox, 61, menjadi terkenal dalam filem Back to the Future yang menggambarkan pelajar sekolah menengah yang mengembara masa, Marty McFly.

    Trilogi antara tahun 1985 dan 1990 itu menujahkan mesin masa DeLorean dan hoverboards yang menentang graviti ke dalam imaginasi popular.

    Pada tahun 1991, pada usia 29 tahun, Fox telah didiagnosis dengan Parkinson dan dia diberitahu bahawa dia mempunyai 10 tahun lagi untuk bekerja.

    Kira-kira 10 juta orang di seluruh dunia menghidap Parkinson, yang membuatkan fungsi motor semakin merosot. – AFP

    Fox (kanan) terima patung tahunan Academy of Motion Picture Arts and Sciences untuk kerja kemanusiaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...