Sunday, April 14, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Foxconn rancang tambah pelaburan AS$1.54 bilion

    TAIPEI, 28 NOV – Gergasi teknologi Taiwan dan pembekal utama Apple, Foxconn sedang merancang pelaburan tambahan AS$1.54 bilion di India untuk ‘keperluan operasi’, ketika
    ia berusaha mengalihkan pengeluaran dari China.

    Firma itu yang juga dikenali dengan nama rasmi, Hon Hai Precision Industry merupakan pengeluar elektronik kontrak terbesar di dunia dan memasang peranti untuk pelbagai syarikat, terutamanya iPhone Apple.

    Syarikat tersebut mengumumkan dalam pemfailan kepada Bursa Saham Taiwan lewat kelmarin bahawa anak syarikatnya di India merancang untuk membelanjakan kira-kira 128 bilion rupee untuk ‘melibatkan pihak lain bagi membangunkan tanah yang dimiliki’ untuk ‘keperluan operasi’.

    Kenyataan itu tidak memberikan sebarang butiran, hanya mengatakan ‘pengumuman tambahan akan dibuat selepas transaksi tersebut disahkan’. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL - Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang,...