LONDON, 10 NOV – Leicester melonjak ke tangga kedua dalam Liga Perdana selepas berjaya menewaskan Arsenal dengan jaringan 2-0 sekali gus membawa harapan pasukan itu untuk menamatkan perlawanan di kelompok empat terakhir.
Chelsea juga mencatatkan kemenangan dengan jaringan 2-0 menentang Crystal Palace sekali gus melonjakkan pasukan itu di atas Manchester City di tangga ketiga.
Leicester dan Chelsea mengambil peluang bagi perlawanan sehari awal untuk meraih mata di hadapan City dengan perbezaan lima mata daripada Liverpool.
Leicester memiliki 26 mata dan mengatasi Chelsea dari segi perbezaan gol dan satu mata mendahului juara berta-han Manchester City yang berkunjung ke Liverpool awal pagi esok.
Gunners mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan di liga itu dan kekalahan keempat itu akan menambah persoalan mengenai kewajaran menggantikan Arsene Wenger dengan pengendali kelahiran Sepanyol, Unai Emery.
Sementara itu James Maddison berkata terlalu awal untuk meletakkan Leicester City selaku pencabar kejuaraan Liga Perdana susulan kemenangan tersebut yang membawa kelab itu ke tangga seterusnya, awal pagi tadi. Pengendali Foxes, Brendan Rodgers pantas memuji Vardy, penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 11 gol musim ini.
“Saya akan beraksi dengan penuh fokus dan melakukan apa yang saya mampu,” kata Vardy.
“Di sini terlalu banyak momen yang baik dan semua orang telah menikmati kegembiraan. Kegembiraan itu datang dengan kemenangan.” – AFP

































