Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    ‘Frenkie de Jong bukan untuk dijual’

    BARCELONA, 7 JULAI – Presiden Barcelona, Joan Laporta menyatakan kelmarin bahawa pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong tidak akan dijual walaupun terdapat khabar angin yang disebarkan mengenai perpindahannya ke Liga Perdana.

    “De Jong ialah pemain Barca, melainkan kami mempunyai keperluan atau minat untuk menjualnya. Namun buat masa ini kami tidak akan menjualnya,” kata Laporta ketika kelab itu memperkenalkan pemain baharu mereka, Franck Kessie.

    “Kami tahu dia ada menerima ba-nyak tawaran daripada kelab-kelab besar. Jika suatu masa nanti kami berminat dengan tawaran-tawaran tersebut, kami akan mempertimbangkannya, tetapi buat masa ini, kami tidak akan menjual pemain itu,” tegas Laporta.

    De Jong, 25, telah banyak dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan pertemuan semula dengan bekas pengurus Ajax, Erik ten Hag, yang sedang membuat persiapan bagi musim pertamanya di Old Trafford.

    Laporta juga mendedahkan bahawa kelab itu telah membuat tawaran kepada pemain antarabangsa Perancis, Ousmane Dembele, yang kontraknya dengan Barca tamat pada akhir Jun.

    “Ousmane bukan lagi pemain Barca, tetapi kami telah membuat tawaran kepadanya,” kata Laporta. “Dia masih mempertimbangkannya dan ingin meneruskan rundingan terlebih dahulu,” tambahnya.

    Laporta juga mengakui menyertai makan tengah hari bersama Jorge Mendes, ejen superstar Portugal, Cristiano Ronaldo yang dilaporkan ingin meninggalkan Manchester United.

    “Kami membincangkan pasaran perpindahan secara umum, tetapi saya tidak akan menyatakan jika dia bercakap dengan saya mengenai pemain secara khusus,” kata Laporta. – AFP

    Presiden Barcelona, Joan Laporta menegaskan bahawa pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong tidak akan dijual. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...