Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Frimpong perbaharui kontrak Leverkusen

    LEVERKUSEN, JERMAN, 3 OKT – Pemain pertahanan kanan dari Belanda, Jeremie Frimpong telah menandatangani kontrak baharu dengan Bayer Leverkusen yang akan menyaksikannya bermain hingga hujung musim 2027-28.

    Frimpong masih mempunyai baki hampir dua tahun lagi dalam kontrak terkininya di Leverkusen, tempat dia bermain sejak menandatangani kontrak dari kelab Scotland, Celtic pada tahun 2021.

    “Banyak perkara berlaku sejak masa itu, kami mengalami pengalaman hebat dan terus meningkat sebagai satu pasukan,” kata Frimpong dalam satu kenyataan hari ini. “Ia amat menyeronokkan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” tambahnya.

    Frimpong, 22, pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Manchester United pada musim peralihan sebelum ini.

    Dia telah menjadi pemain utama Leverkusen pada musim ini, menyumbang dua gol dan tiga assist, membantu pasukan tersebut kekal tanpa kalah dalam lapan perlawanan bagi semua pertandingan. Musim lalu, dia turut membantu pasukan itu mara ke separuh akhir Liga Europa. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda