Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Frisbee semakin popular di China

    CHINA – Ketika sekumpulan pelajar Yale menterbalikkan tin pai yang digunakan untuk menutup tempahan bakeri me- reka lebih seabad yang lalu, mereka menjumpai bentuk aerofoil yang boleh dibaling ke sekeliling untuk berseronok di kampus.

    Prototaip frisbee ini telah berkembang dan sejak awal abad ke-20 ia telah menjadi sukan dan hobi yang popular.

    Namun, aktiviti itu terhad kepada sebilangan kecil pemain di China selama ini. Baru-baru ini, permainan ini telah membuat kehadirannya dirasai dan telah menjadi salah satu sukan baharu muncul yang paling popular di negara ini.

    “Saya mendapat tanggapan bahawa ia hanya mainan untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan,” kata Qu Xinchen yang mula bermain frisbee pada bulan April.

    “Saya tidak pernah terfikir ia adalah permainan kompetitif dengan fungsi sosial” tambahnya.

    Frisbee telah menjadi bahagian penting dalam aktiviti kecergasan di China. – ANN/The China Daily

    Penduduk Beijing berusia awal 30an itu mencubanya selepas dijemput oleh salah seorang rakannya.

    “Gimnasium ditutup kerana penularan semula COVID ketika itu, dan aktiviti dalam dewan tertakluk kepada syarat yang terhad,” ingat Qu, sambil menambah bahawa dia juga melihat ramai peminat memuat naik video pengalaman frisbee mereka di platform media sosial Xiaohongshu.

    Qu mengikuti permainan sebagai pemain baharu bersama rakan-rakannya.

    “Ia agak bagus, dan kami mempunyai jurulatih yang membimbing kami melalui peraturan dan kemahiran asas,” katanya.

    Setiap sesi biasanya berlangsung selama dua jam, dan dia perlu menggunakan arahan jurulatih bersama rakan-rakannya. Qu mendapati bahawa peraturan frisbee agak mudah.

    Objektif utama adalah untuk menangkap frisbee di zon akhir.

    Asas penting bagi permainan ini ialah pelontar tidak boleh bergerak dari tempat mereka menangkapnya.

    Satu pasukan akan bekerjasama untuk mencuba menangkap frisbee secekap mungkin dengan membaling cakera kepada rakan sepasukan.

    Apabila tidak memegang cakera, pemain bebas untuk berlari ke mana-mana dalam medan permainan untuk menerima hantaran. Qu bermain frisbee dengan rakan-rakannya dua kali seminggu dan telah menghadiri acara yang diatur oleh empat kelab berbeza di seluruh ibu negara.

    Sukan itu bukan sahaja memenuhi keperluannya untuk bersenam, tetapi juga membolehkannya bertemu rakan-rakannya.

    “Saya biasanya membakar 1,400 kalori semasa sesi, dan stamina saya bertambah baik,” katanya. Kemahirannya juga begitu, dan Qu berkata dia telah dapat menghargai sukan itu dengan lebih baik. Lebih penting lagi, dia dapat berjumpa dengan rakan-rakannya dengan lebih kerap.

    “Empat hingga lima daripada kami biasanya menyelaraskan masa kami dan mendaftar bersama untuk acara berhampiran rumah kami,” kata Qu.

    “Selepas perlawanan, kami akan makan tengah hari atau makan malam bersama.”

    Kelab frisbee di Beijing biasanya mempunyai jurugambar untuk merakam detik-detik dalam permainan.

    “Foto-foto itu sangat bagus dan boleh disiarkan semula pada akaun media sosial kami sebagai peringatan tentang masa-masa indah,” kata Qu.

    Lebih ramai orang seperti Qu meminati frisbee. Carian untuk frisbee melonjak 17 kali ganda dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini di Xiaohongshu, berbanding tempoh yang sama tahun lepas, lapor platform media sosial itu. Topik frisbee telah menarik lebih daripada 42.4 juta tontonan di platform. Angka-angka tersebut terus meningkat pada bulan-bulan berikutnya.

    Pada 7 Julai, Pentadbiran Am Sukan telah mengumumkan Liga Frisbee Cina yang pertama, yang dirancang untuk Ogos. – ANN/The China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...