Fritz juarai perlawanan tenis dalam talian

LOS ANGELES, 5 MEI – Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Taylor Fritz berjaya menenggelamkan Serena Williams dan Maria Sharapova untuk memenangi saingan tenis dalam talian, bagi mengumpul dana AS$1 juta buat kanak-kanak kelaparan di AS.

Fritz, yang menduduki ranking ke-24 dunia bersama bintang media sosial, Addison Rae berjaya menumpaskan pemain Jepun, Kei Nishikori dan DJ Steve Aoki untuk memenangi saingan ‘Stay at Home Slam’.

Pemain lain dan selebriti berdepan antara satu sama lain dalam permainan video Nintendo ketika perintah berkurung disebabkan wabak COVID-19.

Venus Williams dan Naomi Osaka adalah di antara pemain lain mengambil bahagian dalam kejohaan itu dan beraksi di rumah mereka sendiri.

Ulasan perlawanan berkenaan dilakukan boleh legenda tenis, John McEnroe.

“Ia lebih mendebarkan berbanding perlawanan sebenar. Ia menyeronokkan dengan Addison banyak membantu pasukan,” kata Fritz di lama web ATP.

Fritz dan Rae akan mendermakan hadiah kemenangan mereka kepada No Kid Hungry, yang ditubuhkan untuk memerangi masalah kanak-kanak kebuluran di AS.

Kesemua peserta menerima AS$25,000 dan diberi pilihan untuk menggunakan wang berkenaan atas tujuan amal. – AFP

Gambar fail pada 29 Februari lalu menunjukkan aksi Fritz ketika menentang Rafael Nadal pada perlawanan di Acapulco. Fritz berjaya memenangi saingan tenis atas talian, bagi mengumpul dana AS$1 juta buat kanak-kanak kelaparan di AS. – AFP