Fritz singkir Norrie, bakal hadapi Djokovic

PARIS, 5 NOV – Taylor Fritz meninggalkan Terbuka Perancis dalam kerusi roda pada tahun ini tetapi kepulangannya ke Paris membuktikan pengalaman yang jauh lebih menggembirakan apabila dia mara ke suku akhir Masters Paris selepas menewaskan Cameron Norrie 6-3, 7-6 (7/3) kelmarin.

Ganjaran pemain AS berusia 24 tahun itu kerana menyingkirkan pemain pilihan ke-14 dari Britain itu ialah pertemuan dengan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, yang menewaskan Fritz dalam lima set pada Terbuka Australia tahun ini.

Djokovic pasti mempunyai perasaan bercampur-baur tentang bagaimana dia layak ke peringkat lapan terakhir Masters apabila dia datang ke Paris mengatakan dia memerlukan latihan perlawanan selepas tujuh minggu berehat.

Bagaimanapun, lawannya pada pusingan ketiga, Gael Monfils dari Perancis, menarik diri sebelum perlawanan mereka kerana kecederaan pangkal paha yang dialaminya dalam kemenangan tiga set ke atas rakan senegaranya, Adrian Mannarino pada Rabu lalu.

Pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev dan pemain nombor empat dunia, Alexander Zverev terpaksa menarik diri untuk mara ke peringkat lapan terakhir.

Medvedev bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Sebastian Korda 4-6, 6-1, 6-3 manakala pemain yang ditewaskannya pada perlawanan akhir tahun lalu, Zverev memerlukan 2 jam 46 minit untuk mengatasi Grigor Dimitrov 7-6 (7/4), 6-7 (3/7), 6-3.

“Saya sangat gembira dengan diri saya sendiri, saya berjaya untuk kekal tenang,” kata juara Terbuka AS, Medvedev mengenai kekalahan satu set itu.

Medvedev bakal menghadapi pemain kelayakan Perancis, Gaston Hugo yang menewaskan Carlos Alcaraz dari Sepanyol 6-4, 7-5.

Zverev mempamerkan semangat yang tinggi untuk melepaskan diri daripada membiarkan dua mata perlawanan tercicir pada set kedua dan seterusnya juara Olimpik itu berjaya menyelamatkan enam mata penentu dalam set penentuan. – AFP

Reaksi pemain tenis Rusia, Daniil Medvedev ketika menentang pemain AS, Sebastian Korda dalam perlawanan tenis perseorangan pada hari keempat ATP Paris Masters kelmarin. – AFP