Froome buru gelaran ke-5 Tour de France

PARIS, 19 JAN – Chris Froome mengumumkan pemburuannya masih belum berakhir apabila pelumba Britain itu semalam mengatakan menyasarkan untuk memenangi saingan Tour de France buat kali kelima menjelang musim baharu.

Froome yang sudah memenangi Tour de France sebanyak empat kali sebelum menyertai pasukan Israel Start Up Nation (ISN), mahu menyamakan rekod memenangi perlumbaan berprestij itu sebanyak lima kali seperti dilakukan Eddy Merckx.

Bangkit daripada kemalangan ngeri pada Jun 2019, Froome akan berusia 36 tahun apabila siri jelajah itu bermula.

“Usia hanyalah nombor. Saya berasa seperti masih muda dalam sukan berbasikal kerana memulakan karier agak lewat,” katanya.

“Pembaharuan dalam aspek pengambilan pemakanan dan sukan sejak beberapa tahun lalu membolehkan seseorang atlet meneruskan karier mereka untuk satu tempoh yang panjang.” – AFP

Froome yang memenangi Tour de France sebanyak empat kali mahu menyamakan rekod Eddy Merckx yang memenangi perlumbaan berprestij itu sebanyak lima kali. – AP