Froome intai gelaran dunia

BERGEN, Norway, 20 Sept – Chris Froome berpeluang untuk menamatkan musim terbaiknya apabila beraksi dalam uji masa dunia di Bergen hari ini.

Pendakian sepanjang 3.4km di atas laluan sepanjang 31km dengan cerun mencapai 10 peratus akan memihak pakar pendakian seperti Froome ke atas peserta uji masa seperti juara dunia empat kali, Tony Martin.

Kebanyakan orang percaya pendakian hampir pasti mengetepikan pelumba–pelumba yang mendominasi sebelum ini, meninggalkan Froome, juara Giro d’Italia, Tom Dumoulin, Rohan Dennis dari Australia dan Ilnur Zakarin dari Rusia untuk persaingan merebut kejuaraan itu.

Martin dari Jerman, usahanya untuk mempertahankan gelarannya dikompromi.

“Perlumbaan ‘parcours’ (laluan) terakhir uji masa individu adalah terlalu sukar bagi saya,” katanya, pemenang 2011, 2012, 2013 dan tahun lepas.

Froome ketika meraikan kejayaannya memenang Vuelta a Espana pada 9 September 2017. Dia kini mahu menamatkan tahun cemerlangnya dengan satu gelaran dunia di Bergen. – AP

“Saya akan menjadi juara dunia dan saya akan memberikan segalanya dan bekerja keras tetapi saya tahu, saya mempunyai peluang kejayaan yang sedikit.”

Laluan tersebut seharusnya sesuai dengan Dumoulin dan Froome, pemenang pingat perak dan gangsa dalam Olimpik di Rio de Janeiro tahun lepas, yang keduanya adalah uji masa kelas dunia begitu juga dengan pendaki yang hebat.

Froome sudah menikmati tahun yang luar biasa, memenangi Tour de France bagi kali keempat dan Vuelta a Espana buat kali pertama.

Satu–satunya Grand Tour yang terlepas adalah Giro, dimenangi oleh Dumoulin.

Tetapi tumpuan Froome dialihkan dari perlumbaan akhirnya 2017 kepada persoalan mengenai kewarganegaraannya.

Penunggang berusia 32 tahun itu, dilahirkan di Kenya, dibesarkan di Afrika Selatan dan tinggal di Monaco. Tetapi ibu bapanya adalah warga British dan dia menegaskan dia berbangga seperti orang lain untuk mewakili Britain. – AFP