Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Froome lengkap kejuaraan berganda Tour-Vuelta

    MADRID, 11 Sept – Chris Froome menyanjung pencapaian atletiknya selepas menjadi penunggang ketiga dalam sejarah untuk memenangi Vuelta a Espana dan Tour de France dalam tahun yang sama.

    Froome menewaskan pemenang Grand Tour sebanyak empat kali, Vincenzo Nibali dengan catatan masa 02minit 15saat, dengan Ilnur Zakarin melengkapkan kedudukan podium dalam klasifikasi umum, ketika Matteo Trentin meraih kemenangan keempatnya dalam peringkat terakhir perlumbaan.

    “Saya mahu katakan kemenangan ini adalah istimewa kerana ia adalah kali pertama sesiapa yang memenangi Tour de France dan kemudian memenangi Vuelta a Espana kurang dari sebulan,” kata Froome.

    Penunggang dari Britain itu menyertai Jacques Anquetil (1963) dan Bernard Hinault (1978) sebagai satu-satu penunggang yang memenangi Tour dan Vuelta dalam tahun yang sama.

    Tetapi Froome merupakan penunggang pertama untuk memenangi kedua perlumbaan sejak Vuelta dipindahkan selepas Tour dalam kalender perlumbaan pada tahun 1995.

    Chris Froome (tengah) bergambar bersama pasukannya, Sky Team, di atas podium. – AP
    Froome ketika meraikan kemenangannya selepas menjuarai Vuelta a Espana di Madrid. – AP

    “Itu adalah cabaran besar dari pandangan atletik untuk cuba dan berada di tahap terbaik untuk jangka masa lama adalah juga satu cabaran besar.”

    Froome, pemenang empat kali Tour de France, sebelum ini pemenang kedua Vuelta dalam tiga kejohanan pada tahun 2011, 2014 dan 2016.

    Penunggang Sky itu mendahului perlumbaan dari peringkat ketiga ke Madrid, terima kasih atas kemenangannya pada peringkat kesembilan dan uji masa individu pada peringkat 16.

    “Setelah berada di sana selama enam tahun bagi cubaan memenangi Vuelta dan mendapat tempat kedua sebanyak tiga kali, ia adalah satu perasaan yang menakjubkan untuk akhirnya memenangi jersi merah ini.

    “Ia benar-benar emosi dan ketika ini tidak ada lagi segembira ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda