Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Froome: Saya fokus jersi kuning

    COL D’IZOARD, 21 Julai – Chris Froome mungkin selesa dengan jersi kuning dan dalam laluan untuk memenangi Tour de France, tetapi dia kekal kecewa dengan kegagalannya untuk merasai kemenangan peringkat tahun ini.

    Dalam kemenangannya di Tour sebelum ini pada tahun 2013, 2015 dan tahun lepas, dua memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat dan malah berjaya memenangi tiga peringkat dalam tahun 2013.

    Tetapi dengan hanya berbaki tiga peringkat, Froome masih belum memenangi satu pun tahun ini, dan hakikatnya dia belum mengangkat tangan bagi mana-mana perlumbaan tahun ini.

    Kembali pada tahun 2013, dia selalu memasuki perlumbaan Tour dengan sekurang-kurangnya dua hingga empat kemenangan dalam peringkat, termasuk beberapa kemenangan perigkat individu.

    Tetapi tahun ini, rekodnya tidak menunjukkan apa-apa, dengan keputusan terbaiknya adalah empat keseluruhan di Criterium du Dauphine pada bulan Jun.

    Froome (jersi kuning) menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas dipintas oleh Romain Bardet yang meraih tempat ketiga peringkat ke-18. – AP
    Froome (jersi kuning) menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas dipintas oleh Romain Bardet yang meraih tempat ketiga peringkat ke-18. – AP

    Ketua pasukan Sky itu nyaris memenangi peringkat kelmarin, tetapi gagal membuat perbezaan apabila dia memecut pada 2.5km terakhir dan menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat peringkat ke-18 di Col d’Izord yang sukar, sementara Warren Barguil dari Perancis meraih kemenangan keduanya dalam peringkat Tour.

    “Pastinya ia hebat untuk memenangi peringkat hari ini (kelmarin) terutamanya di pendakian paling ikonik perlumbaan,” akui Froome, 32.

    “Tetapi matlamat saya adalah fokus pada jersi kuning dan jika saya mara ke Paris dengan jersi ini, saya tidak akan menyesali apa-apa dalam Tour kali ini.”

    Froome kekal menjadi pilihan utama untuk memenangi gelaran Tour keempat apabila dia merupakan penunggang terbaik dalam uji masa berbanding pesaing-pesaing lain memasuki perlumbaan 22.5km Sabtu ini.

    Dia mempunyai kelebihan 23 saat ke atas Romain Bardet dan 29 saat di depan Rigoberto Uran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda