Frozen 2 masih gah dalam carta

Oleh Zulkamal Haji Kamis

Filem terbitan Disney, Frozen 2 masih lagi gah berada di persada carta pecah panggung pada minggu ini dan berjaya memperoleh keuntungan sekitar AS$85 juta dan mencatatkan kutipan sebanyak AS$123 juta secara keseluruhan pada minggu ini di pasaran domestik Amerika Utara.

Filem animasi hebat ini telah berjaya memintas filem The Hunger Games: Catching Fire yang memegang rekod filem terlaris semasa minggu festival Thanksgiving. Sebagaimana Frozen 2, filem The Hunger Games juga ditayangkan seminggu lebih awal sebelum berlangsungnya Hari Thanksgiving atau Hari Kesyukuran.

Selepas dua minggu berada di pawagam, The Frozen 2 mencuba untuk mendekati AS$300 juta di Amerika Utara pada jualan tiket pada minggu ini. Frozen 2 dalam perjalanan untuk mencatatkan rekod tertinggi dalam filem animasi yang diterbitkan oleh Disney.

Manakala di luar negara, Frozen 2 telah berjaya mengutip sekitar AS$164 juta pada minggu ini sekali gus mengumpul sekitar AS$451 juta secara keseluruhannya. Kebanyakan pengkritik mengatakan bahawa filem animasi keenam Disney ini bakal mencecah AS$1 bilion di masa yang akan datang.

Manakala filem terbaharu pada minggu ini, terbitan Lionsgate, Knives Out, yang mengisahkan mengenai pembunuhan misteri dan diarahkan oleh Rian Johnson, berjaya melepasi jangkaan orang ramai khususnya para penerbit. Walaupun tidak berjaya memintas kehebatan filem Frozen 2 namun pengkritik mengatakan bahawa filem ini berjaya memintas jangkaan orang ramai.

Frozen 2 dalam perjalanan untuk mencatatkan rekod tertinggi dalam filem animasi yang diterbitkan oleh Disney.
Secara keseluruhannya, filem A Beautiful Day in The Neighborhood berjaya mengutip sekitar AS$34 juta setelah dua minggu berada di carta pecah panggung.
Filem Ford v Ferrari berjaya mengutip sekitar AS$13 juta pada minggu ini.
Filem yang bernilai AS$40 juta ini mengutarakan pelbagai kisah yang menarik yang mengutarakan cara untuk menyelesaikan satu misteri pembunuhan.
Filem yang diarahkan oleh Melina Matsoukas dan skrip ditulis oleh Lena Waithe, Queen and Slim memaparkan satu perbezaan ketara.

Kedudukan filem baharu

Filem ini telah berjaya mengutip sekitar AS$26 juta pada minggu ini selepas ditayangkan di 3,392 buah pawagam di seluruh Amerika Utara. Filem yang dibintangi oleh Daniel Craig, Jamie Lee Curtis dan Chris Evans ini dijangka hanya akan dapat meraih kutipan sekitar AS$20 juta namun ternyata filem ini berjaya mengalahkan ramalan itu.

Filem yang bernilai AS$40 juta ini mengutarakan pelbagai kisah yang menarik yang mengutarakan cara untuk menyelesaikan satu misteri pembunuhan.

“Rian Johnson mencipta filem baharu tersebut, Knives Out dan kami sangat gembira apabila ia menerima tarikan ramai penonton,” kata Byre Adler dan Jonathan Golfman, Presiden MRC Filems, penerbit bersama filem berkenaan. “Ia merupakan kerjasama yang luar biasa bersama MRC, T-Street dan Lionsgate, melakukan pemasaran yang luar biasa dalam mengedarkan filem berkenan,” tambahnya.

Knives Out juga menerima tarikan hebat di persada antarabangsa. Filem tersebut menerima kutipan sekitar AS$28 juta di luar negara, sekali gus meningkatkan kutipan globalnya sekitar AS$70 juta pada minggu ini.

Selain itu, filem terbaharu pada minggu ini, Queen and Slim juga turut melepasi jangkaan dan meraih kemenangan yang hebat walaupun hanya mampu berada di kedudukan yang keempat pada minggu ini. Drama romantik yang dibintangi oleh Daniel Kaluuya dan Jodie Turner-Smith ini telah berjaya meraih kutipan sekitar AS$11 juta setelah disiarkan di 1,690 pawagam di seluruh Amerika Utara.

Filem yang diarahkan oleh Melina Matsoukas dan skrip ditulis oleh Lena Waithe, Queen and Slim memaparkan satu kelainan yang berbeza. Lebih daripada 50 peratus penduduk di Amerika Syarikat adalah mereka yang berkulit hitam manakala 24 peratus pula Caucasian, 15 peratus pula Hispanik dan 3 peratus adalah Asia. Lebih daripada 60 peratus pembeli tiket filem ini adalah mereka yang berusia 25 tahun ke atas.

“Filem Queen and Slim ini mengisahkan mengenai cinta yang sentiasa berdepan cabaran,” kata Jim Orr, Presiden Pengedaran Domestik Universal. “Kami sangat gembira dengan penayangan filem Queen and Slim malah penonton turut memberikan maklum balas yang menakjubkan,” tambahnya.

Seterusnya kedudukan filem sebelum ini seperti Ford v Ferrari dan A Beautiful Day in The Neighborhood, berada di kedudukan ketiga dan kelima di pecah panggung. Filem Ford v Ferrari berjaya mengutip sekitar AS$13 juta pada minggu ini manakala filem baharu pada minggu lepas, A Beautiful Day in The Neighborhood berjaya mengutip kutipan sekitar AS$11 juta pada minggu ini.

Secara keseluruhannya, filem A Beautiful Day in The Neighborhood berjaya mengutip sekitar AS$34 juta setelah dua minggu berada di carta pecah panggung.

Secara keseluruhannya, kutipan pecah panggung pada minggu ini meningkat kepada AS$263 juta namun masih tidak mencukupi untuk mencatat rekod terbaik pada tahun 2018. Pada tahun lepas, pada musim ini, pecah panggung diwarnai dengan filem hebat seperti Ralph Breaks The Internet, Creed II dan Beasts Fantastic: The Crimes of Grindelwald.

Walau bagaimanapun, bulan Disember ini iaitu bulan musim percutiaan telah sedikit sebanyak membantu mengimbangi apa yang sebaliknya menjadi suram di bulan November menjadi lebih berseri. Namun jualan tiket di awal bulan Disember ini masih berada di belakang berbanding tahun lepas, sekitar 7 peratus, menurut Comscore. Adakah kutipan ini akan memberikan seri lagi kepada pecah panggung, sama-sama kita saksikannya pada minggu hadapan.