Frozen II terus gah di persada carta

Oleh Zulkamal Haji Kamis

Filem animasi hebat, Frozen II masih lagi mengekalkan kedudukannya di tempat pertama pecah panggung pada minggu ini dengan memperolehi keuntungan sekitar AS$35 juta setelah ditayangkan di 4,348 buah pawagam di seluruh Amerika Utara.

Filem animasi ini dijangka akan terus berada di kedudukan carta teratas pecah panggung untuk beberapa hari sebelum kedatangan filem baharu seperti The Jumanji yang bakal menggegarkan kedudukan carta pecah panggung.

Walaupun berada pada kedudukan selesa, namun Frozen II mengalami penurunan sekitar 57 peratus berbanding dua minggu yang lepas.

Secara keseluruhannya, Frozen II telah berjaya memperoleh sekitar AS$340 juta di pasaran domestik selepas 17 hari berada di pawagam di seluruh Amerika Utara.

Namun berbeza dengan kutipan yang diperoleh melalui tayangan antarabangsa di mana Frozen II telah berjaya mengutip sekitar AS$740 bilion dalam masa dua minggu ia ditayangkan di mana pengembaraan Anna, Elsa dan Kristoff serta Olaf ini akan menjadi filem animasi terbitan Disney bersama-sama dengan Avengers: Endgame, Captain Marvel, Toy Story 4, Aladdin dan The Lion King untuk mencecah kutipan sekitar AS$1 bilion pada tahun 2019 ini.

Filem animasi ini dijangka akan terus berada pada kedudukan carta teratas pecah panggung untuk beberapa hari sebelum kedatangan filem baharu seperti The Jumanji.
Ford v Ferrari masih kekal berada pada kedudukan ketiga pada minggu ini.
Berada pada kedudukan yang keempat pula, dimiliki oleh filem baharu minggu lepas, Queen & Slim.
A Beautiful Day in The Neighborhood pula berada pada kedudukan yang kelima minggu ini.
Filem komedi misteri ini menampilkan beberapa pelakon Hollywood hebat seperti Chris Evans, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis, Michael Shannon, Don Johnson, Toni Collette dan Lakeith Stanfield.

Manakala filem yang berada pada kedudukan yang kedua pula iaitu Knives Out, terbitan Lionsgate turut mempamerkan satu tarikan yang menarik apabila ia berjaya mengutip sekitar AS$14 juta pada minggu ini malah secara keseluruhannya, Knives Out berjaya memperoleh kutipan sekitar AS$62 juta di pasaran domestik Amerika Utara.

Filem yang dihasilkan oleh Lionsgate, MRC dan T-Street ini dijangka akan memperoleh kutipan sekitar AS$40 juta untuk beberapa hari yang akan datang malah ia menerima gred A- oleh pengkritk filem Cinemascore 90 peratus oleh Rotten Tomatoes.

Filem komedi misteri ini menampilkan beberapa pelakon Hollywood hebat seperti Chris Evans, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis, Michael Shannon, Don Johnson, Toni Collette dan Lakeith Stanfield.

Selain itu, filem pengembaraan animasi ‘Playmobil: The Movie’ dijangka akan terus meningkat naik walaupun ketika ini berada di luar kedudukan teratas pecah panggung namun ramalan menjangkakan filem ini akan mendapat kutipan sekitar AS$1 juta dalam beberapa hari ini setelah ditayangkan di 2,337 pawagam di Amerika Utara.

Kedudukan filem yang lain

Filem berunsurkan keluarga dan berdasarkan kepada jenama permainan Eropah ini bersandarkan kepada satu permulaan yang baik walaupun pada kutipan yang rendah.

Filem tersebut dianggarkan bernilai AS$75 juta dan dibiayai bersama oleh Wild Bunch, Pathe, Dimitri Rassam dan Animasi Paris.

STX dipertanggungjawabkan untuk mengedarkan filem tersebut di Amerika Utara dan apa yang menarik, mereka seolah-olah tidak mempunyai kepentingan kewangan.

Filem ini diarahkan oleh Lino Disalvo, Playmobil mengisahkan mengenai seorang wanita muda yang memulakan misi untuk mencari adiknya yang telah hilang.

Manakala filem yang berada di kedudukan yang ketiga, Ford v Ferrari masih kekal berada di kedudukan ketiga pada minggu ini manakala A Beautiful Day in The Neighborhood pula berada di kedudukan yang kelima dan di kedudukan yang keempat pula, dimiliki oleh filem baharu pada minggu lepas, Queen & Slim.

Filem terbitan Focus Features, Dark Waters memperlihatkan satu peningkatan yang drastik apabila berjaya menembusi kelompok sepuluh filem teratas pecah panggung iaitu dari kedudukan 16 kepada nombor 6 pada minggu ini dan berjaya mengutip sekitar AS$3 juta setelah ditayangkan di 2,012 pawagam di Amerika Utara.

Drama yang mengutarakan tentang drama undang-undang Todd Haynes ini menampilkan Mark Ruffalo berjaya mengutip sekitar AS$1 juta dan ia dijangka akan dapat memperoleh sekitar AS$4 juta pada hujung minggu ini.

Menurut pengkritik filem Comscore, kutipan pecah panggung di Amerika Syarikat telah meningkat sekitar 5.8 peratus dengan AS$10.28 bilion setakat 4 Disember lalu.

“Walaupun berada di situasi yang tenang namun kedudukan carta pecah panggung dijangka akan berubah apabila filem-filem hebat dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi seperti Star Wars dan banyak lagi sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya tidak lama lagi,” kata Paul Dergarabedian, penganalisis media kanan bersama dengan pengkritik filem Comscore.

Musim percutian bulan Disember ini bakal digegarkan juga dengan filem terbaharu iaitu Jumanji: The Next Level, Richard Jewell, Black Christmas, Bombshell dan Star Wars: The Rise of Skywalker serta pastinya akan memberikan persaingan yang hebat untuk mengejar juara carta pecah panggung.

Secara kesimpulannya, kedudukan carta pecah panggung pada minggu langsung tidak mengalami sebarang perubahan khususnya dalam kelompok lima filem teratas. Kedudukan itu langsung tidak berubah namun ia dijangka akan berubah pada minggu lepas apabila filem Jumanji akan ditayangkan pada 13 Disember ini.

Justeru, sama-sama kita saksikan, adakan Frozen II berjaya mempertahankan kedudukannya atau sebaliknya. – Agensi